Categories: Berita Lain

Pengarah, Pegawai Pemasaran ditahan disyaki tawar khidmat pemutihan warga asing

gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menahan dua pengarah serta seorang pegawai pemasaran sebuah syarikat agensi pekerjaan di Seri Kembangan dekat sini, kerana disyaki menawarkan khidmat pendaftaran program pemutihan warga asing yang tidak lagi wujud.


Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, tangkapan dibuat pagi tadi di pejabat syarikat itu di kawasan perniagaan Desa Ria, Seri Kembangan, menerusi operasi bersepadu antara Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia dan Pasukan Petugas Antipemerdagangan Orang (MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau berkata hasil pemeriksaan, sejumlah 29 pasport asing, resit pendaftaran serta iklan dirampas untuk tindakan lanjut selain menahan seorang warga asing disyaki menyalahgunakan pas dengan bekerja di premis berkenaan.


“Hasil risikan mendapati individu atau syarikat berkenaan dikesan menyasarkan majikan dan pendatang tanpa izin untuk mendaftar program itu menerusi media sosial dengan mengenakan bayaran tertentu sebagai deposit.


“Jabatan Imigresen memandang serius perkara ini kerana ia adalah satu sindiket penipuan. Program Rehiring telah tamat pada 30 Jun 2018 dan tidak disambung lagi selepas itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Khairul Dzaimee berkata pihaknya percaya penipuan oleh syarikat itu dilakukan sejak Februari lepas dengan mengaut keuntungan atas angin bagi sejumlah pendatang tanpa izin yang kononnya didaftarkan untuk diputihkan.


“Pengarah dan pegawai pemasaran yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 56(1)(f) Akta Imigresen 1959/1963. Saya ingin menasihatkan majikan supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran sedemikian serta merujuk kepada Imigresen bagi mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat berkaitan.


“Kami beri amaran kepada mana-mana syarikat agensi pekerjaan yang didapati terbabit dalam aktiviti penipuan seperti ini supaya menghentikannya serta merta atau bakal berdepan dengan tindakan tegas,” katanya.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Beliau berkata tindakan itu adalah untuk memastikan individu berkaitan yang mengambil kesempatan ke atas majikan dan warga asing dikenakan tindakan sewajarnya, seterusnya tiada lagi majikan dan warga asing ditipu. – Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

3 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

22 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago