Connect with us

Berita Lain

Kolaborasi dengan Manchester City akan jadi kenyataan, Syed Saddiq jawab TMJ


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan hasrat juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City membeli sebuah kelab bola sepak di Malaysia bukanlah sekadar rekaan semata-mata.

Beliau berkata, pada pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif City, Ferran Soriano, Khamis lalu, bukan beliau seorang saja mendengar ia dibincangkan malah Ketua Pengarah Majlis Sukan (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz turut berada dalam pertemuan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Kalau tidak percaya boleh periksa dengan KP MSN (Shapawi) dan Tengku Zafrul. Malah, pegawai saya dan pegawai mereka juga turut mendengarnya (berkenaan pembelian kelab di Malaysia).

“Sebelum mengadakan sidang media, saya turut meminta kebenaran bercakap mengenai perkara itu dan dia (Soriano) setuju.
“Lagipun, dia duduk di sebelah saya ketika sidang media dan saya bercakap menggunakan bahasa Inggeris,” kata Syed Saddiq ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa Warga Belia dan Sukan, semalam, lapor Berita Harian.

Syed Saddiq ketika sidang media sebelum ini mendedahkan skuad The Citizens berminat membeli sebuah kelab tempatan hasil pertemuannya dengan Soriano.
Bagaimanapun, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan laporan mengenai hasrat City membeli kelab di Malaysia adalah tidak benar dan ia sengaja diperbesarkan.

Syed Saddiq berkata, pihaknya akan bekerja keras bagi memastikan ia boleh direalisasikan termasuklah kerjasama antara City dengan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menerusi Akademi Mokhtar Dahari (AMD).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Kita berusaha dan cuba melakukan yang terbaik untuk menjadikan perkara ini terlaksana dan ketika itu memang masih belum ada kata putus lagi. 

“Media yang hadir ketika itu juga hanya melaporkan perkara ini masih dalam tanda tanya. Saya rasa ada orang tidak boleh menerima perkara ini. Bagaimanapun, bagi saya ia tidak mengapa, asalkan kami bekerja keras untuk menjadikan perkara ini bukan satu yang mustahil,” katanya. 

Ditanya mengenai tiada wakil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada pertemuan berkenaan, Syed Saddiq berkata, ia disebabkan pertemuan itu diadakan pada saat akhir.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel