Categories: Berita Lain

Keputusan kes Farid Kamil 21 Jun

foto sumber internet



PETALING JAYA, 30 Mei — Mahkamah Majistret di sini, hari ini menangguhkan keputusan kes pelakon Datuk Farid Kamil Zahari yang didakwa atas empat pertuduhan termasuk mencederakan anggota polis dan orang awam, kepada 21 Jun.


Majistret Nor Arifin Hisham menetapkan tarikh itu selepas peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid Kamil memaklumkan pihaknya menerima hujahan bertulis daripada pihak pendakwaan lewat malam semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Pihak kami memerlukan kira-kira dua minggu untuk meneliti hujahan yang baru diterima ini,” katanya.


Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini untuk keputusan kes pelakon ‘Lagenda Budak Setan’ itu yang merupakan suami kepada aktres Diana Danielle yang hadir ke mahkamah memakai baju-T berwarna merah.


Turut kelihatan adik lelaki pelakon itu, Fadzil Bahri Zahari.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran memohon maaf atas kelewatan menghantar hujahan tersebut kerana mengalami masalah kesihatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Pada 16 Jan 2018, Farid Kamil mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Ashraf Ahmad dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 23.


Farid Kamil juga berdepan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap Muhammad Nizam dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas.


Kesemua kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967.


Pada 15 Mei lepas, Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas Farid Kamil kerana menggunakan dadah jenis ganja selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Farid Kamil.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Sebelum itu Farid Kamil memilih untuk berdiam diri semasa hari pertama prosiding membela diri terhadap pertuduhan dadah itu.


Sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam diri semasa membela diri, mahkamah tiada pilihan lain selain menyabitkan tertuduh dan menjatuhkan hukuman terhadapnya. — Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

9 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago