Connect with us

Berita Lain

Lebih stabil, Dr Mahathir cadangkan mata wang baru berasaskan emas

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sesi dialog Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) hari ini berkata logam berharga itu boleh digunakan untuk menilai aktiviti import dan eksport dalam kalangan negara di Asia Timur.

Malaysia mencadangkan mata wang baru berasaskan emas
memandangkan ia lebih stabil berbanding dagangan dalam mata wang semasa yang
bersifat manipulatif, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata logam berharga itu boleh digunakan untuk
menilai aktiviti import dan eksport dalam kalangan negara di Asia Timur.
“Kita boleh membuat penyelesaian menggunakan mata wang
(baru) ini (emas). Mata wang itu perlu berkait dengan mata wang tempatan
sebagai rujukan kepada kadar tukaran, sesuatu yang boleh dikaitkan dengan
prestasi sesebuah negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Berdasarkan kaedah ini, kita akan tahu jumlah hutang,
jumlah yang perlu dibayar dalam mata wang khas Asia Timur,” katanya pada sesi
dialog Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference)
hari ini, seperti dilapor portal FMT.
Dr Mahathir tiba di Tokyo semalam untuk lawatan kerja 3
hari.
Perdana menteri berkata mata wang baru itu juga boleh
dipanjangkan kepada negara lain di luar kawasan Asia Timur.
“Di timur jauh, jika anda mahu bersatu, kita patut mulakan
dengan mata wang seragam untuk perdagangan, bukan untuk penggunaan dalam
negara, sebaliknya untuk tujuan penyelesaian dagangan”.
Beliau berkata pada masa ini pasaran global terikat kepada
dolar AS, yang membuka ruang untuk dimanipulasi.



Advertisement


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Hanya kerana sebuah negara terjejas, ia menular ke negara
lain. Kedudukan Malaysia sangat stabil pada 1997… namun disebabkan masalah
berlaku di Thailand (semasa krisis kewangan Asia), mereka berkata Malaysia juga
perlu menambat mata wangnya.
“Apa berlaku? Pedagang mata wang menjual mata wang Malaysia,
menyebabkan mata wang Malaysia susut nilai.
“Mereka tiada pun wang, mereka tidak ada pun mata wang
Malaysia, namun mereka dapat menjual kuantiti besar mata wang Malaysia, dan
apabila harga jatuh, sudah pasti mereka membeli dan menjualnya pada harga yang
lebih tinggi apabila nilainya meningkat,” katanya.
“Apabila susut nilai, sudah pasti anda boleh membeli dan
menjual pada harga yang lebih tinggi apabila harga meningkat. Dagangan mata
wang ini bukanlah sesuatu yang sihat kerana ia bukan menunjukkan prestasi
(ekonomi) sesebuah negara, sebaliknya ia merupakan manipulasi.
“Apa sahaja yang ada berlebihan, akan hilang nilainya. Jika
bekalan kurang, nilai akan meningkat dan mereka jual dalam kuantiti wang yang
besar yang mereka tidak ada pun, dan disebabkan jumlahnya sangat besar,
berlakulah penyusutan nilai,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perdana menteri menjelaskan jika (penarafan) negara
diturunkan atau dinaikkan, ia sewajarnya dilakukan oleh forum antarabangsa yang
tidak komited dan bukan oleh mana-mana negara.



Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah turut hadir pada persidangan tersebut.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel