Connect with us

Terkini

Psy akui mengenali Jho Low

PSY

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Penyanyi popular Korea Selatan Psy mengaku mengenali ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low.


Psy pada masa sama mendedahkan beliau merupakan individu bertanggungjawab memperkenalkan ahli perniagaan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment Yang Hyun-Suk.

Loading…



“Hello. Ini PSY. Memang benar Jho Low yang disebut dalam laporan berita adalah kawan saya. Ketika saya kenal dia dulu, dia merupakan orang yang aktif dalam industri hiburan.


“Saya mengenalinya kerana aktiviti luar negara pada masa itu dan memperkenalkan beliau kepada Yang Hyun-Suk.

Advertisement


Tidak kira dia seorang kawan yang baik atau tidak, fakta yang tidak dapat dipertikai adalah saya berkawan dengan Jho Low,” tulisnya di Instagram, lapor Projek MM.



Hantaran Psy dalam bahasa Korea itu mendapat lebih 40,000 ‘like’.


Jho Low yang menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia berhubung isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini terpalit dengan skandal seks dan pelacuran.


Jho Low bersama seorang lagi ahli perniagaan Thailand didakwa menerima khidmat seks yang diatur Yang Hyun-Suk pada Julai 2014.


Sementara itu, Psy melalui jurucakapnya bagaimanapun menafikan dakwaan terlibat menerima khidmat seks.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel