Categories: Berita Lain

‘Abang Botak’ hentak cermin kereta dipenjara 12 bulan


Seorang pekerja stor sebak selepas terpaksa menyambut
Aidilfitri di dalam penjara apabila dia dipenjara setahun oleh Mahkamah
Majistret di sini hari ini akibat tindakannya menghentak cermin sebuah kereta
seperti yang tular di media sosial semalam.
Tertuduh, Danial Abdullah Tan, 31, atau lebih dikenali
“Abang Botak” dalam kalangan netizen mengaku bersalah selepas
pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Nurshahira Abdul
Salim.
Dia diperintahkan menjalani hukuman itu dari tarikh
ditangkap iaitu semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum ini tular satu video di media sosial mengenai seorang
lelaki yang menghentak cermin kereta disebabkan rasa marah apabila dihon
pemandu kereta itu berulang kali dalam satu kejadian di Sri Kembangan pada
Selasa lalu, seperti dilapor Kosmo Online.

Danial dipenjara setahun selepas didapati bersalah
melakukan khianat dengan menghentak cermin kereta dalam satu kejadian di Sri
Kembangan di sini petang Selasa lalu. – Foto oleh Harian Metro
Dalam rayuannya, tertuduh yang diwakili peguam Nur Rafiuddin
Mas Wari merayu agar hukuman ringan diberikan memandangkan dia merupakan
penanggung nafkah isteri dan dua anaknya yang berusia tiga tahun dan setahun.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin
kemudian meminta mahkamah memberikan hukuman berat kerana menyusahkan mangsa
yang terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM600.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Nurshahira kemudiannya bertanyakan kepada tertuduh mengenai
tujuannya bertindak sedemikian.
Danial menjawab, dia berasa marah selepas pengadu cuba
menghimpit dan melanggarnya dua kali dan meminta pemandu kereta itu berhenti
sebelum mendakwa mangsa menunjukkan isyarat jari kepadanya.
“Sebab itu saya buat keputusan bodoh itu,” katanya
sebak.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan khianat dengan mengetuk cermin hadapan kereta mangsa lelaki berusia 58 tahun itu menggunakan topi keledar sehingga rosak di Jalan Kasturi Seksyen 12 Taman Bukit Serdang Seri Kembangan, pukul 5.30 petang pada 28 Mei lalu.

Advertisement
Dia dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau keduanya.

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

12 mins ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 hour ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

20 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago