Categories: Berita Lain

PM : Tragedi MH17 terlalu banyak politik, Malaysia mahu bukti kukuh

foto sumber internet



TOKYO, 31 Mei — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Malaysia mahu bukti kukuh menunjukkan Rusia bertanggungjawab dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang di timur Ukraine pada Julai 2014.


Perdana Menteri berkata Malaysia menerima laporan pasukan siasatan yang diketuai Belanda tetapi hanya setakat pesawat itu, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Rusia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Walaupun kerajaan bersetuju pesawat ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia tetapi ia tidak dapat dipastikan peluru berpandu itu dilancarkan oleh Rusia, katanya.


“Mereka menuduh Rusia tetapi apa buktinya? Kami tahu pesawat itu ditembak jatuh adalah peluru berpandu jenis Rusia tetapi ia juga boleh dibuat di Ukraine.


“Anda memerlukan bukti kukuh untuk menunjukkan ia dilancarkan oleh Rusia. Ia mungkin oleh kumpulan pemberontak di Ukraine…boleh jadi oleh kerajaan Ukraine kerana mereka juga menggunakan peluru berpandu yang sama,” katanya semasa dialog dan sidang media dengan Kelab Pewarta Asing Jepun (FCCJ) di sini, semalam.


Dr Mahathir berkata tentera Rusia tahu bahawa MH17 adalah sebuah pesawat penumpang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Saya tidak fikir pihak yang mempunyai tahap disiplin yang begitu tinggi bertanggungjawab dalam melancarkan peluru berpandu tersebut,” katanya.


Perdana Menteri berkata Malaysia juga harus terbabit dalam pemeriksaan kotak hitam pesawat malang itu kerana pesawat itu milik negara dan terdapat penumpang rakyat Malaysia.


“Mungkin kami tidak mempunyai kepakaran tetapi boleh mendapatkan khidmat pakar. Atas sebab tertentu, Malaysia tidak dibenarkan mengkaji kotak hitam tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku.


“Kami tidak tahu kenapa kami dikecualikan daripada pemeriksaan kotak hitam itu tetapi dari awal lagi, kami melihat terlalu banyak politik dan idea bukanlah untuk mengetahui bagaimana kejadian ini berlaku tetapi nampaknya tertumpu kepada usaha menunding jari kepada Rusia.


“Ini bukan jenis siasatan yang berkecuali,” kata Dr Mahathir.


Seandainya, pihak siasatan bertindak berkecuali dan membuat kesimpulan, Malaysia sanggup menerima dapatan itu tetapi di sini kita mempunyai pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik dalam perkara ini, katanya.


Penerbangan MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh berhampiran, Torez di Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 kilometre dari sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.


Kesemua 298 penumpang termasuk 15 anak kapal terbunuh dalam insiden itu.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Pasukan Siasatan Bersama yang diketuai Belanda, berkata pasukan itu yakin bahawa peluru berpandu BUK TELAR digunakan untuk menembak jatuh MH17 dan mendakwa peluru berpandu itu berasal daripada briged antipesawat ke-53 iaitu sebuah unit ketenteraan Rusia yang berpangkalan di Kursk, barat Rusia.


Bagaimanapun, Presiden Vladmir Putin, menolak dakwaan bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia. — Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

2 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago