Connect with us

Berita Lain

Anwar yakin Tun M dapat pulihkan ekonomi negara dalam dua tahun

foto sumber internet



BUKIT MERTAJAM – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin ekonomi negara akan pulih dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan perancangan dan pelaksanaan yang sedang dijalankan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata Perdana Menteri ketika ini telah meletakkan beberapa agensi kerajaan dalam kedudukan asas yang baik bagi memastikan ekonomi negara semakin baik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Selepas kita (Pakatan Harapan (PH)) menang tahun lepas baru kita sedar keadaan ekonomi negara terlalu teruk… ini bukan politik tetapi kenyataan yang benar dan rakyat semua perlu tahu.


“Saya yakin mudah-mudahan dalam setahun dua ini Tun (Dr Mahathir) dapat pulihkan ekonomi negara dan seterusnya dapat meneruskan agenda membantu rakyat,” katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anwar Di Masjid Al-Falah di Permatang Pasir dekat sini.


Turut hadir, Exco Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Dr Afif Bahardin dan Exco Perdagangan Antarabangsa Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain serta 500 orang termasuk penduduk kampung hadir berbuka puasa dan kemudian menunaikan solat tarawih bersama Anwar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sementara itu, Anwar menggesa umat Islam di seluruh negara supaya menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran ketika Ramadan dalam usaha merapatkan jurang perkauman.


Ini kerana al-Quran membawa mesej yang jelas dan menjadi petunjuk kepada umat Islam serta tidak boleh digunakan sebagai medium untuk mewujudkan perbalahan.


“Kadang-kadang saya tidak faham kenapa dalam tazkirah, ajaran atau parti kita atau sebagainya boleh sempitkan risalah (al-Quran) ini. Mahu bezakan, tunjukkan permusuhan terus menerus antara Islam dan bukan Islam,” katanya.


Beliau berkata naratif berhubung isu perkauman yang diketengahkan sesetengah pihak disifatkan sebagai sesuatu yang bukan dibawa dalam ajaran Islam.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



“Saya tahu dalam naratif kita sekarang orang Melayu dengan Melayu, bukan Melayu dengan bukan Melayu dan ketegangan secara terus-menerus. Saya tak anggap ini sesuatu dianjurkan Islam.


“Islam menekankan untuk kita bantu masyarakat dan tentu akan tahu masalah kemiskinan, pendidikan, kesihatan, kaum dan masyarakat yang wujud. Bagaimanapun, (Islam) tak pernah maksudnya untuk melawan, memusuhi, meremehkan atau memijak hak orang lain,” katanya. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel