Connect with us

Berita Lain

Bicara SRC International Najib tangguh sebentar, Shafee terpaksa ke sebutan kes sendiri

Muhammad Shafee Abdullah – Foto oleh Astro Awani

Bersut hitam dengan tali leher biru, bekas perdana menteri
Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk di barisan depan galeri awam.
Bagaimanapun ketua pasukan pembelaannya, Muhammad Shafee
Abdullah perlu menghadiri sebutan kes pengubahan wang haramnya sendiri terlebih
dulu di mahkamah lain di situ.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Usai sebutan kes di depan hakim Collin Lawrence Sequerah,
Shafee akan ke perbicaraan kes SRC International Najib, lapor Malaysiakini.
Perhatian akan bertumpu kepada barisan soalan yang telah
disediakan pasukan pembelaan untuk pemeriksaan balas saksi ke-35 Azlida Mazni
Arshad dalam perbicaraan SRC International bekas perdana menteri Najib Razak di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Ia susulan keterangan Azlida, yang merupakan Naib Presiden
(Undang-undang) Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), ketika
pemeriksaan utama oleh pendakwaan Khamis lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam keterangannya sebelum ini, Azlida memberitahu bagaimana
Najib telah menggesa KWAP untuk mempercepat kelulusan pinjaman RM2 bilion
kepada SRC International.
Dia juga memberitahu hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa
tertuduh membuat permintaan itu melalui pengerusi KWAP ketika itu, Wan Abdul
Aziz Wan Abdullah.
Katanya, ia diikuti dengan taklimat oleh CEO KWAP ketika itu
Azian Mohd Noh kepada panel pelaburan khas dalam mesyuarat pada 19 Julai 2011.
Dia membuat minit mesyuarat itu.
Pada 2011, Najib merupakan menteri kewangan dan pengerusi
lembaga penasihat 1MDB.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel