Connect with us

Berita Lain

Bukan pelajar cemerlang, tapi guru bangga Peja kini MB Perak


IPOH, 17 Mei — Tiada apa yang paling membanggakan, gembira
selain teruja apabila anak didik yang disifatkan sebagai gemar bermain, malah
bukan dalam golongan pelajar cemerlang kini bergelar seorang pemimpin.
Azizan Hashim, 64, berkata dia sama sekali tidak menyangka
muridnya yang dikenali sebagai Peja kini memegang jawatan sebagai Menteri Besar
Perak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Lebih mesra disapa sebagai Cikgu Zizan, wartawan sambilan
Stadium Astro berkata beliau mengajar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semasa di
tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson, Ipoh sekitar 1983.
“Tidak sangka dia akan jadi Menteri Besar Perak kerana
mengenalinya ketika mengajar subjek pendidikan jasmani, Peja bukan dalam
golongan pelajar cemerlang akademik, suka main-main dan jenis ‘happy go
lucky’,” katanya kepada Bernama sempena sambutan Hari Guru yang diraikan
semalam.
Azizan yang bergelar pendidik selama 39 tahun dan mengajar
subjek bahasa Inggeris selain menjadi guru disiplin juga berkata di sebalik
sikapnya itu, Ahmad Faizal seorang yang amat menghormati orang lain serta
mempunyai daya kepimpinan tinggi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebagai bekas guru disiplin, pastinya Azizan berharap Ahmad
Faizal melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Besar dengan ikhlas, jujur,
adil dan saksama selain mengutamakan kepentingan rakyat, tidak mengamalkan
politik sempit, berpuak-puak jauh sekali menyalahgunakan kuasa.
“Peja perlu lebih serius dan tidak mengambil mudah terhadap
tugas-tugas. Perlu tunjuk perwatakan dinamik sebagai seorang pemimpin. Dia
perlu berusaha kikis imej, cerita-cerita negatif dan tanggapan buruk terhadap
cara kepimpinannya,” katanya.
Azizan berkata sepanjang tempoh setahun pemerintahan Pakatan
Harapan (PH), Ahmad Faizal telah menunjukkan kewibawaannya sebagai pemimpin
walaupun ibarat baharu ‘setahun jagung’ tetapi beliau dan PH berusaha untuk
menjadi kerajaan efektif serta cuba sedaya upaya berkhidmat untuk rakyat dalam
merealisasikan Malaysia Baharu.
Azizan pernah menerima Pingat Penghormatan Guru kategori
pesara pada Sambutan Perayaan Hari Guru 2018 Peringkat Negeri Perak di Sekolah
Menengah Sains Tapah, tahun lepas yang disampaikan sendiri Ahmad Faizal. —
Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel