Connect with us

Berita Lain

Daim: Tahun kedua, PH kena dengar suara rakyat, turunkan tol, harga barang

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin – Foto oleh NST

MACHANG — Selepas setahun Pakatan Harapan (PH)
memerintah negara, sudah sampai masanya bagi kerajaan menumpukan dengan lebih
serius mendengar suara rakyat yang kini terus bergelut dengan kos sara hidup
tinggi.
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin
berkata tiga faktor yang perlu diberi penekanan oleh kerajaan sekarang iaitu
pembinaan rumah mampu milik, harga barang keperluan yang murah dan penurunan
kadar tol.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebelum ini kerajaan memfokuskan beberapa isu penting
seperti Lembaga Tabung Haji, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan
sebagainya dan bagi tahun kedua pemerintahan biarlah isu berkaitan rakyat
diutamakan pula.
“Saya juga mewakili rakyat yang mahukan perkara-perkara ini
diambil kira bagi mengurangkan beban rakyat,” katanya kepada pemberita selepas
melakukan lawatan kerja ke Koperasi Keluarga Haji Zabir Kelantan Berhad (Koza)
di sini, hari ini.
Daim yang melakukan lawatan kerja seharinya ke Kelantan,
sebelah pagi tadi turut meninjau Pelabuhan Tok Bali, Pasir Puteh bagi melihat
keperluan bekalan ikan untuk negeri ini dan Terengganu.
Mengulas lanjut, Daim berkata pembinaan rumah mampu milik
itu perlu dilaksanakan yang mesti mementingkan kualiti mengikut ciri-ciri
terkini.
“Kalau awak (pemberita) tanya saya, saya macam awaklah yang
mahukan selain rumah mampu milik, kita juga mahukan harga barang mesti rendah
temasuk kadar tol mesti diturunkan pada tahun kedua ini,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pembinaan rumah mampu milik, harga barangan keperluan yang
murah dan juga penurunan tol merupakan manifesto PH ketika pilihan raya umum
lalu dan ia terus menjadi isu yang masih membelenggu rakyat.
Ditanya bekalan ikan ketika lawatan, beliau mengharapkan
bekalan ikan mencukupi selain harga yang rendah dapat ditawarkan kepada
pengguna.
Beliau juga mengharapkan agar pasaraya turut menawarkan
harga rendah terutama ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak
lama lagi.
Sementara itu mengenai Piagam Permuafakatan Perpaduan antara
PAS dan Umno yang dijangka dimeterai selepas Aidilfitri nanti, Daim menganggap
ia suatu perkara biasa dalam politik.
“Ini perkara biasa bukan luar biasa dan terpulanglah kepada
mereka sama ada berjaya atau tidak dan ia bergantung kepada keadaan,” katanya.
Daim juga berkata beliau bukan seorang ahli nujum untuk
menentukan piagam berkenaan berjaya atau tidak ataupun memberi kesan kepada
kerajaan. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel