Connect with us

Berita Lain

Dana biasiswa khas untuk pelajar Palestin dari universiti

Dana penajaan biasiswa khas daripada 12 universiti bagi ‘Biasiswa untuk Palestin’ untuk anak-anak Palestine melanjutkan pengajian peringkat tinggi di Malaysia adalah daripada sumber kewangan universiti masing-masing, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dua belas universiti itu melibatkan 11 universiti swasta dan satu universiti awam, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Universiti terlibat ialah Albukhary International University dengan tajaan RM3.5 juta melibatkan 25 biasiswa; Management & Science University dengan tajaan RM1.1 juta (27 biasiswa); Mahsa University tajaan RM1.09 (20 biasiswa); Kolej Universiti Islam Perlis tajaan RM1.02 juta (15 biasiswa); City University RM1 juta (26 biasiswa).
Multimedia University dengan tajaan RM1 juta (enam biasiswa); UCSI University tajaan RM719, 433 (lima biasiswa); Universiti Teknologi Petronas tajaan RM681,500 (enam biasiswa); Universiti Tenaga Nasional tajaan RM575,000 (tiga biasiswa); Universiti Kuala Lumpur RM158,400 (dua biasiswa) dan Universiti Utara Malaysia RM128,000 (dua biasiswa).
“Menyedari bahawa dana untuk penajaan itu adalah daripada sumber kewangan universiti masing-masing, JPT ingin menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada kesemua 12 universiti atas sumbangan yang besar nilainya dalam lanskap pendidikan tinggi negara dan berharap semangat ini dicontohi oleh institusi pengajian tinggi yang lain,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Siti Hamisah berkata adalah menjadi kelaziman kepada universiti-universiti tempatan untuk menawarkan biasiswa pada setiap tahun sama ada kepada pelajar Malaysia atau pelajar antarabangsa.
Menurutnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja universiti-universiti swasta di negara ini telah menawarkan biasiswa bernilai lebih RM100 juta kepada pelajar-pelajar tempatan.
Albukhary International University pula adalah sebuah universiti swasta di Malaysia berlandaskan konsep ‘philanthropy’ atau demawan yang menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar dari negara yang dilanda peperangan agar mereka dapat pulang dan membangunkan semula negara masing-masing, katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel