Connect with us

Berita Lain

Esscom akan distruktur semula – Mat Sabu


Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan
distruktur semula bagi mempertingkatkan lagi keselamatan di pantai timur negeri
ini, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Menurutnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang
berbincang mengenai keputusan itu, termasuk usaha memperoleh peralatan tambahan
bagi memantapkan tugas pasukan keselamatan di bawah ESSCom.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“MKN bersama kerajaan negeri akan melihat tugas-tugas yang
akan disusun semula.
“Kementerian Pertahanan dapat peruntukan tambahan sebanyak
lebih RM200 juta dan akan diagih untuk mempertingkatkan tugas keselamatan oleh
ESSCom,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada ceramah umum bagi calon
DAP Vivian Wong Shir Yee untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan malam tadi.
Mohamad, yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah)
berkata perintah berkurung yang dilaksanakan di perairan pantai timur Sabah
juga akan diteliti dari semasa ke semasa jika perlu diteruskan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurutnya, keselamatan di timur Sabah terkawal dan
menyaksikan insiden penculikan untuk wang berkurangan sejak kira-kira tiga
tahun lepas.
“Kita juga tahu pelancong, terutama dari China, semakin
ramai datang ke kawasan timur Sabah seperti Sandakan, Tawau dan Semporna.
“Ini menunjukkan keyakinan mereka terhadap keselamatan di pantai
timur Sabah yang semakin baik,” katanya. 
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel