Connect with us

Berita Lain

Guan Eng kata sudah cukup bosan dan letih dengan isu 1MDB


DAP mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana telah
menjadikan 9 Mei tahun lalu sebagai tarikh bersejarah dengan mengubah kerajaan
untuk kali pertama dalam 61 tahun bagi mewujudkan Malaysia Baharu.
Dari perspektif kementerian kewangan, antara pencapaian
utama ulang tahun pertama termasuklah:
Transformasi Malaysia daripada sebuah kleptokrasi kepada
sebuah negara bersih yang berkongsi kemakmuran bersama rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Membayar RM37 bilion untuk bayaran-balik GST dan cukai
pendapatan
Pengurangan RON95 daripada RM2.20 kepada RM2.08 seliter;
penjimatan RM24.65 billion daripada pengurangan kos ratusan projek kerajaan
termasuk LRT3 dan MRT2

Juga penyelamatan Felda dan Tabung Haji yang menelan belanja
RM24 bilion.
Reformasi institusi, pelaksanaan sistem tender terbuka dan
pendirian anti-rasuah yang kukuh telah berjaya mengubah reputasi Malaysia
daripada sebuah “kleptokrasi global terparah” kepada sebuah negara bersih yang
kita dibanggakan.
Penjimatan daripada usaha membanteras rasuah akan segera
dikongsikan dengan rakyat Malaysia. Pengurangan harga RON95 daripada RM2.20
seliter kepada RM2.08 seliter membuktikan bahawa kerajaan PH memegang kepada
janjinya untuk mengurangkan harga petrol.
Dasar penstabilan harga petrol ini memerlukan kerajaan PH
berbelanja RM2 bilion sebagai subsidi petrol tambahan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Rasionalisasi kos ke atas ratusan projek kerajaan yang
dipersetujui oleh pentadbiran terdahulu telah memberikan penjimatan RM24.65
bilion tanpa memberi kesan besar terhadap skop kerja dan kualiti kerja yang
dilakukan, dan akan memanfaatkan rakyat sepanjang tempoh 10 tahun.
Ini adalah sebelum mengambil kira penjimatan RM21.5 bilion
yang diperoleh apabila kos projek East Coast Rail Link (ECRL) dikurangkan
daripada RM65.6 bilion kepada RM44 bilion.
Kejayaan ini menunjukkan bahawa perubahan kerajaan telah
membenarkan rakyat Malaysia berjimat sebanyak RM46.15 bilion dalam kos
pembinaan dengan begitu sahaja.
Penjimatan RM46.15 bilion ini tidak termasuk pembatalan
projek yang tujuannya diragui seperti projek saluran paip pelbagai-produk dan
gas bernilai RM9.4 bilion, di mana 88 peratus daripada kos projek atau RM8.3
bilion telah dibayar walaupun hanya 13 peratus kerja telah dilaksanakan.
Lebih parah lagi, 13 peratus kerja yang dikatakan siap
tersebut masih tidak dapat disahkan dan tidak dapat dikesan.
Pembayaran balik tunggakan GST dan cukai pendapatan sebanyak
RM37 bilion yang telah digunakan oleh kerajaan terdahulu tanpa kebenaran hampir
1.65 juta pembayar cukai pendapatan dan 121,000 pembayar GST sedang berlangsung
dan ia akan dibayar sepenuhnya pada Oktober tahun ini.
Kerajaan juga telah memperoleh dana sebanyak RM24 bilion
untuk menyelamatkan Tabung Haji dan Felda yang sebelum ini mengalami kerugian
besar akibat salah urus kewangan dan penipuan secara terang-terangan.
PH menghadapi cabaran daripada pelampau kaum dan agama yang
ingin memecah-belahkan negara kita dan mengganggu keharmonian agama dengan
mengadu domba antara rakyat Malaysia, agar mereka dapat kekal relevan.
Misalnya, Tabung Haji telah dijadikan sebuah isu perkauman
oleh kumpulan tertentu dengan menyalahkan DAP, sambil melepaskan pihak yang
merosakkan institusi tersebut meskipun DAP yang membantu mendapatkan RM17.8
bilion dana untuk menyelamatkan Tabung Haji.
Begitu juga dengan peruntukan untuk sekolah jenis Cina dan
Tamil yang telah dijadikan isu perkauman terhadap DAP oleh kumpulan yang sama
yang melupakan fakta bahawa peruntukan untuk sekolah-sekolah agama telah
meningkat.
Pemulangan semula dana 1MDB berjumlah hampir RM1.5 bilion
daripada Amerika Syarikat dan Singapura, yang akan membantu pembayaran balik
hutang 1MDB sebanyak hampir RM51 bilion, adalah sebuah bukti jelas bahawa
skandal 1MDB ini wujud, dan bukannya suatu fitnah seperti dakwaan parti-parti
pembangkang.

Jujur saya nyatakan, saya sudah cukup bosan dan letih dengan
isu 1MDB yang memakan begitu banyak masa dan perhatian saya. Moga-moga kita
akan dapat menumpukan lebih perhatian kepada rakyat Malaysia biasa bermula dari
sekarang, dan bukannya kepada projek-projek mega atau skandal kewangan yang
lalu.
Fokus utama kita ialah untuk mencipta peluang pekerjaan,
membantu perniagaan tingkatkan pertumbuhan ekonomi ke arah mewujudkan negara
keusahawanan.
Walaupun PH telah berjaya mengurangkan kadar inflasi secara
signifikan daripada 3 peratus pada 2017 ke hanya 1 peratus pada 2018, kos sara
hidup belum turun seiringan dengan kadar inflasi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

PH komited untuk menjalankan lebih banyak projek kecil untuk
rakyat biasa, dan ini berbeza daripada ketaasuban pentadbiran terdahulu
terhadap projek mega yang hanya menguntungkan kroni-kroni mereka.
Selamat ulang tahun pertama Malaysia baharu!

LIM GUAN ENG adalah menteri kewangan dan setiausaha agung
DAP. 
Tulisan ini pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya
mencerminkan pendirian rasmi kami di Malaysian Update.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel