IPCMC: IGP bela kebajikan anak buah bila diluluskan

 2 total views,  2 views today

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador beramah
mesra bersama pengunjung pada Program Kepolisan Berprofil Tinggi di Bazar Ramadan
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. – Foto oleh Bernama

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata beliau akan
memastikan hak-hak kebajikan warga polis diberi perhatian apabila Suruhanjaya
Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dimuktamadkan,
Beliau berkata kebajikan anggota polis yang rata-rata
berpendapatan sederhana perlu diberi perhatian setimpal dengan pengorbanan
pasukan keselamatan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami warga PDRM (Polis Diraja Malaysia) menunggu bentuk
IPCMC ini dimuktamadkan dan selepas itu tanggungjawab saya adalah menyakinkan
anak-anak buah saya dan apabila IPCMC diluluskan, saya akan pastikan PDRM akan
mendapat hak-hak kebajikan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat
tapak Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di Kuala Lumpur, semalam.
Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim dan Ketua
Polis Daerah Brickfields ACP Ruslan Khalid.
“Sejak sebulan dan seminggu yang lepas, saya meninjau
sendiri keadaan kuarters-kuarters balai polis antaranya di TTDI dan ada
antaranya mempunyai atap yang rosak dan pecah.
“Saya sedih melihat keadaan ini apabila anggota saya
terpaksa berbumbungkan atap bocor dan mereka ini berpendapatan sederhana. Saya
akan perjuangkan hak mereka,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa penubuhan IPCMC akan
diteruskan selepas mendapat persetujuan daripada PDRM.
Perkara itu dicapai melalui perbincangan antara Pusat
Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) dengan 20 wakil jabatan
PDRM dan persatuan polis di Perdana Putra, Putrjajaya pada 10 Mei lalu.
Ketua Pengarah GIACC Abu Kassim Mohamed berkata kertas
Kabinet berhubung penubuhan IPCMC dijangka dapat dikemukakan selepas
Aidilfitri.
IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk
menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis
manakala Ombudsman Malaysia menguruskan aduan terhadap isu berkaitan jentera
kerajaan. 
– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *