Connect with us

Berita Lain

Jho Low kecam tindakan pihak berkuasa lucut hak rumah keluarganya di Pulau Pinang

Foto oleh The Star Online

Ahli perniagaan buruan polis, Low Taek Jho, mengecam
tindakan pihak berkuasa negara ini melucut hak rumah keluarganya di Jalan
Tanjong Bungah, Pulau Pinang, dan menegaskan hartanah itu diperolehi sebelum
skandal 1MDB berlaku.
“Ibu bapa saya bertungkus-lumus selama berdekad-dekad
untuk menyediakan kemudahan yang selamat dan selesa kepada anak-anak mereka.
“Sebelumsaya lahir, ibu saya menikmati kejayaan dalam
pelaburannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Terima kasih atas keputusan bijak yang mereka tidak
hanya mampu membeli dan membina rumah bernombor 69 di Taman Bunga Tanjong,
tetapi juga sumbangan dan sokongan mereka selama berpuluh tahun kepada penduduk
setempat, sama seperti apa yang dilakukan mendiang datuk saya,” katanya
dalam satu surat terbuka hari ini.
Dia yang lebih dikenali dengan nama Jho Low menambah rumah
yang terlibat dalam proses lucut hak itu jelas dibuat lebih 10 tahun sebelum
1MDB wujud.
Justeru kata Jho Low, melucukan apabila kerajaan Malaysia
cuba untuk “merampas” rumah keluarganya melalui “bukti palsu dan
direka” untuk menunjukkan bangunan terbabit ada kaitan dengan skandal
1MDB.
Katanya memang jelas kerajaan sentiasa mahu mendapatkan “keuntungan
politik” dengan menjadikan dirinya dan keluarganya sebagai sasaran melalui
apa juga cara, termasuk melalui kempen media di peringkat global untuk
menunjukkan mereka bersalah.
Tindakan itu, kata Jho Low, dibuat untuk memberi tekanan
kepada dia dan keluarganya tanpa mempedulikan undang-undang atau asas hak asasi
manusia.
“Melalui cubaan merampas rumah keluarga saya yang telah
dibina beberapa dekad sebelum 1MDB, rejim itu mahu menjadikannya dendam
peribadi dengan menyasarkan seluruh keluarga saya, dan sebagai akibatnya ia
menjejaskan keselamatan mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tingkah laku sebegini oleh rejim Mahathir terus
merosakkan reputasi Malaysia di peringkat dalam dan luar negara, serta menjadi
bukti tambahan mengenai kegagalan mereka memberikan perbicaraan yang adil
(kepada saya) di bawah rejim ini,” katanya. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel