Connect with us

Berita Lain

Kit Siang yakin pengundi sandakan akan buat pilihan terbaik

foto sumber internet



SANDAKAN, 2 Mei  —  Penasihat DAP Lim Kit Siang yakin pengundi di parlimen Sandakan akan membuat pilihan terbaik untuk mengekalkan kerusi DAP menerusi calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.


Lim berkata kemenangan Wong dalam PRK itu amat penting apatah lagi dalam usaha mengembalikan status Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Pindaan itu tidak berjaya apabila gagal mendapat undian dua pertiga majoriti atau 148 undi tetapi hanya mendapat 138 undi sahaja. Jika Wong dipilih sebagai ahli Parlimen, undi akan menjadi 139 dan harap akan mendapat sembilan undi lagi,” katanya ketika berucap pada Ceramah Umum DAP di Kampung Mangkalinau, di sini semalam.


Hadir sama, Wong, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong dan wakil daripada parti Warisan.


Lim yang juga anggota Parlimen Iskandar Puteri berkata kerajaan di bawah Pakatan Harapan berusaha menjadikan Sandakan sebagai Sandakan Baharu bagi menghidupkan ekonomi masyarakat daerah itu melalui usaha pembangunan yang dijalankan seperti menaik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata usaha menarik lebih ramai pelancong ke Sandakan memerlukan lapangan terbang bertaraf antarabangsa selain kemudahan lain.


Sementara itu, Chong berkata usaha untuk membaiki jambatan di Kampung Mangkalinau juga akan dibuat dalam tempoh terdekat ini selain membuat penyambungan bekalan elektrik bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.


Beliau berkata kawasan itu merupakan antara kawasan yang sering berlaku penyambungan haram sehingga menyebabkan masalah kepada kilang berhampiran.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Sementara itu, Ketua Kampung Mangkalinau, Mohamad Idris, 51, berharap kampung yang wujud sejak 30 tahun lalu itu akan diwartakan sebagai kampung yang sah bagi memudahkan mendapat kemudahan asas lain. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel