Connect with us

Berita Lain

Kontrak jual tanah: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan bekas isteri Ghafar Baba


Bekas isteri Allahyarham Ghafar Baba gagal dalam rayuannya
di Mahkamah Persekutuan berhubung saman terhadap pemaju hartanah dan isteri
yang didakwanya melanggari kontrak berkaitan penjualan sebidang tanah di
Jelebu, Negeri Sembilan.
Semasa menyampaikan keputusan mahkamah hari ini, Presiden
Mahkamah Rayuan Ahmad Maarop berkata kausa tindakan D. Heryati Abdul Rahim
adalah kemungkiran kontrak dan bukan tuntutan mendapatkan semula tanah seperti
yang didakwa olehnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata tempoh had untuk memfailkan saman kemungkiran
kontrak adalah enam tahun dari tarikh kontrak yang dikatakan dilanggar.
Tuntutan saman Heryati telah dihalang masa, katanya, kerana
ia difailkan pada 2015, melebihi enam tahun.
Ahmad menolak rayuan Heryati dan memerintahkannya membayar
kos RM30,000 kepada responden, Lau Ban Tin dan isteri, Mary Lee Siew Cheng.
Ahmad berkata apabila Heryati, melalui peguamnya,
mengeluarkan surat permintaan pada 2014 kepada responden yang beliau tahu tanah
itu telah dipindahkan kepada Tengku Mohd Kamil Tengku Shahrudin Shah dan Tengku
Ramli Tengku Shahrudin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata Heryati telah bersetuju bahawa beliau tidak
melakukan apa-apa dari 2006 hingga 2014 kerana menunggu responden menunaikan
tanggungjawab memindahkan tanah itu kepadanya.
“Walaupun begitu, apabila beliau memfailkan
tuntutannya, beliau tidak menyebut Tengku Mohd Kamil dan Tengku Ramli sebagai
pihak terlibat. Jika mahukan tanah itu, beliau sepatutnya mengemukakan tuntutan
kepada Tengku Mohd Kamil dan Tengku Ramli. Beliau tidak berbuat demikian,”
katanya.
Keputusan berkenaan disampaikan oleh baki empat hakim yang
terdiri daripada Ahmad, Hakim Mahkamah Persekutuan Ramly Ali, Azahar Mohamed
dan Alizatul Khair Osman Khairuddin sebagaimana Seksyen 78 Akta Mahkamah
Kehakiman 1964 setelah Hakim Mahkamah Persekutuan Aziah Ali bersara.
Dalam samannya yang difailkan pada 5 Feb 2015, Heryati
mendakwa pasangan suami isteri itu gagal memindahkan pemilikan tanah seluas
lapan hektar di Jelebu kepadanya berdasarkan perjanjian pada 20 Jun 2000.
Beliau mendakwa bahawa pada masa itu, beliau masih isteri
kepada bekas timbalan perdana menteri dan memiliki bersama saham dalam syarikat
Zamrudvest Sdn Bhd, yang mengendalikan francais di bawah ‘EON Dealers and
Franchise’.
Beliau mendakwa sekitar tahun 2000, beliau dan Ghafar
memutuskan untuk menjual perniagaan itu kepada pasangan itu pada harga
RM300,000. Heryati mendakwa transaksi itu tidak termasuk penjualan tanah di
Jelebu (dimiliki oleh syarikat), dan pemilikan sepatutnya dipindahkan kepada
beliau sebaik sahaja geran individu dikeluarkan.
Beliau berkata berdasarkan rekod rasmi pejabat tanah, tanah
itu dipindahkan kepada Lau pada 19 Feb 2004, dan pada 16 April, 2013, kepada
Tengku Ramli dan beliau menuntut responden mengembalikan hak milik tanah itu atau
sebagai alternatif membayar pampasan berjumlah RM1 juta.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Heryati gagal dalam tuntutannya di Mahkamah Tinggi pada 2016
dan di Mahkamah Rayuan pada 2017.
Mahkamah Tinggi menolak saman Heryati itu yang difailkan di
luar tempoh masa, sedangkan ia sepatutnya difailkan dalam tempoh enam tahun
dari tarikh kontrak yang dikatakan dilanggar pada 2005.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel