Connect with us

Berita Lain

Lelaki Nigeria didakwa bunuh Siti Kharina, dua individu bebas

SEPANG, 27 Mei — Seorang lelaki warga Nigeria didakwa di Mahkamah
Majistret Sepang di sini hari ini atas tuduhan membunuh Ketua Jururawat
Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin.
Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 36 dituduh membunuh Siti Kharina di antara
12.41 pagi 9 Mei 2019 hingga 2.30 petang 15 Mei di Tower 1, 09-01 Third Avenue
Condominium, Cyberjaya.

Pertuduhan dibacakan kepada tertuduh dalam bahasa Inggeris di hadapan
Majistret A. Akhiruddin@Boy Acho. Gilbert mengangguk faham selepas pertuduhan
dibacakan dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dia menghadapi tuduhan di bawah 
Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika
sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nasharina Nazlan kemudiannya memohon tarikh
sebutan baharu sementara menunggu beberapa laporan iaitu post mortem, kimia,
forensik, kamera litar tertutup (CCTV), ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan
telefon bimbit.
A. Akhiruddin kemudiannya menetapkan 31 Julai sebagai tarikh sebutan
baharu bagi menunggu kesemua laporan itu.
Tertuduh yang berkemeja denim dan berseluar jean kelihatan tenang ketika
dibawa ke mahkamah, dilihat menggelengkan kepala ketika ditanya sama ada dia
sudah melantik peguam atau belum.
Sebelum ini, lelaki warga Nigeria 
itu direman seminggu bermula 17 Mei sebelum disambung untuk seminggu
lagi pada 23 Mei.
Siti Kharina, 40, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas dan misteri
kehilangannya terungkai apabila mayatnya ditemukan pemilik kondominium yang
disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala pada 15
Mei, lepas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Susulan penemuan mayatnya, polis menahan seorang wanita warga Nigeria,
seorang lelaki warga Pakistan dan tertuduh.
Di mahkamah yang sama, dua individu yang ditahan bersama tertuduh iaitu
wanita warga Nigeria berumur 35 tahun dibebaskan dengan bon mahkamah RM13,000.
Sementara, lelaki warga Pakistan yang berumur 38 tahun dibebaskan dengan
bon mahkamah RM11,000.
A. Akhiruddin turut memerintahkan supaya pasport kedua-duanya  diserahkan kepada mahkamah hingga kes
selesai. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel