Connect with us

Berita Lain

Lima anak syarikat NAFAS tidak berdaya maju dihentikan sementara

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) telah
menghentikan sementara perniagaan lima anak syarikatnya yang tidak berdaya
maju, bagi membolehkan kajian semula dilakukan untuk menentukan sama ada
syarikat tersebut boleh diteruskan atau sebaliknya.
Pengerusi Nafas, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata,
tindakan itu dibuat sejak bulan lalu selepas pihaknya mendapati
syarikat-syarikat itu, tidak menjalankan sebarang perniagaan selain mengalami
kerugian berterusan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ada antara syarikat terbabit terlibat dalam
perdagangan yang ‘tidak pasti’ dengan sebuah syarikat di India dan menjalankan
usahasama dalam bidang pendidikan diploma dengan sebuah universiti di Kuala
Lumpur yang tidak mendapat sambutan.
“Buat masa ini syarikat ini kita tidak tutup cuma kita
hentikan perniagaan sementara bermula bulan lalu, untuk kita kaji semula sama
ada akan teruskan ataupun kita berhentikan perniagaan tersebut,” katanya
kepada pemberita pada Majlis Iftar Pertubuhan Peladang, Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung (MPKK), dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Dewan Undangan Negeri
(DUN) Alor Mengkudu di sini semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Phahrolrazi yang juga ADUN Alor Mengkudu berkata, langkah
menghentikan sementara perniagaan lima daripada 11 anak syarikat Nafas itu juga
merupakan sebahagian daripada usaha menyusun semula tadbir urus pertubuhan itu
dan syarikat di bawahnya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel