Mahathir: Barat mesti terima Timur yang kini setaraf, lebih baik

 2 total views,  2 views today

Mahathir ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa
mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di Tokyo hari ini. Foto oleh AFP

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,
Barat harus menerima bahawa penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun,
telah meningkatkan keupayaan negara Timur, yang tidak lagi meniru produk dari
Barat.
“Pada mulanya mereka meniru produk dari Barat,
kemudiannya mereka menghasilkan produk yang lebih baik dan menerusi
penyelidikan, mereka menghasilkan produk yang lebih baik … dalam bidang
telefon, contohnya, Korea, Jepun dan China, yang membelanjakan lebih banyak
wang untuk penyelidikan dan pembangunan berbanding kemungkinan di Eropah dan
AS.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menerusi pelaburan yang lebih besar, Timur telah
meningkatkan produk, dan dunia mesti menerima realiti baharu ini, katanya.
“(Sebagai contoh), saya faham Huawei mempunyai
kelebihan yang besar terhadap teknologi Amerika.
“Namun jika anda mahu situasi di mana anda sentiasa
berada di hadapan, dan apabila anda tidak berada di hadapan, saya akan
mengharamkan anda dan menghantar kapal perang ke negara anda, ini bukan
persaingan, ini mengancam rakyat dan bukanlah pendekatan yang boleh digunakan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dahulu kita mengharapkan segala-galanya dari Barat,
kini ia datang dari Timur,” katanya pada sesi dialog di Persidangan
Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di sini hari ini.
Mahathir tiba di Tokyo malam tadi untuk lawatan kerja tiga
hari. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *