Connect with us

Berita Lain

Mukhriz mohon ampun kerana tak salam Sultan Johor


ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun
Mahathir hari ini telah mengutuskan surat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim
Sultan Iskandar bagi memohon ampun di atas kekhilafan beliau kerana tidak
bersalaman dengan baginda di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, semalam.
Dalam satu kenyataan di sini, Mukhriz menyatakan bahawa
beliau telah menyembah maklum kepada baginda bahawa kekhilafan tersebut adalah
kerana kealpaan beliau sendiri
“Kekhilafan itu juga tidak menggambarkan sifat sopan
santun rakyat Kedah,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hari ini tular di laman sosial satu video berdurasi 14 saat
yang memaparkan kejadian Mukhriz didakwa enggan bersalaman dengan Sultan Johor
dan anakandanya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ketika Istiadat Pemakaman
Sultan Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah, di Pekan semalam.
Dalam video berkenaan, Mukhriz dilihat hanya mengangkat
tangan ketika tiba gilirannya bersalaman dengan Sultan Ibrahim sebelum kemudiannya
terus bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah.
Tindakan Mukhriz tersebut mengundang pelbagai kritikan dan
perbalahan pendapat daripada rakyat selain menerima desakan daripada pelbagai
pihak supaya beliau meminta maaf kepada Sultan Johor.
Sementara itu, ketika menghadiri majlis berrbuka puasa di
LANGKAWI, Mukhriz berkata beliau berharap Sultan Ibrahim mengampunkan
kekhilafan beliau kerana tidak bersalaman dengan baginda.
“Hari ini saya telah utuskan sepucuk surat untuk
memohon maaf atas kekhilafan saya tidak bersalaman dengan baginda. Biasalah
orang Kedah ni kadang-kadang kita kalut jadi itu sajalah saya harap baginda
dapat terima permohonan maaf saya itu,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui
semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Kebajikan di Masjid Nurus Salam,
Kampung Ewa, di sini hari ini.
Mengulas lanjut Mukhriz berkata, ketika kejadian itu berlaku
beliau sedang mengiringi Sultan Kedah (Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan
Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah).
“Tuanku Sultan dah ke depan dan akan mula acara bacaan
doa jadi saya nak cepat ke sana tapi ternampak Yang di-Pertuan Agong (Yang
di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) jadi
saya bersalaman untuk ucapkan takziah.
“Apapun memang kesilapan saya jadi saya mohon maaf atas
kekhilafan. Saya tak sengaja tetapi tidak boleh guna alasan tidak sengaja jadi
sepatutnya memang kena berhenti untuk bersalaman,” katanya. – Bernama


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel