Connect with us

Berita Lain

Najib dapat elaun khas RM1j pada Mei 2018


Saksi ke-27 memberitahu di Mahkamah Tinggi di sini bahawa
Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima pendapatan termasuk bayaran khas
sebanyak RM1.017 juta juta pada Mei 2018.
Zarina Yusuf, 49, yang merupakan Timbalan Ketua Akauntan
(Pengurusan) di Jabatan Perdana Menteri berkata, selain RM1.017 juta Najib juga
turut menerima gaji sebanyak RM6,627 yang diterima Najib pada bulan yang sama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bayaran itu dalam kapasiti Najib sebagai anggota
pentadbiran kerajaan dan ia dibayar oleh Kerajaan Malaysia. Namun jumlah
RM6,627 itu adalah dikira dari 1 hingga 9 Mei tahun lalu yang ketika itu beliau
masih lagi sebagai Perdana Menteri,” katanya seperti dilapor Kosmo Online.

Zarina berkata demikian selepas pemeriksaan utama Timbalan
Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan berhubung pembayaran gaji yang dibuat pada
Najib pada hari ke-12 perbicaraan kes tujuh pertuduhan penyelewengan dana SRC
International Sdn. Bhd. RM42 juta di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali
hari ini.
Ketika ditanya Muhammad Izzat, apakah maksud pembayaran
khas, saksi kemudian menjawab tidak pasti mengenai hal tersebut.
Terdahulu saksi itu turut memberitahu bahawa Najib juga
pernah menerima dua lagi bayaran khas berjumlah RM22, 826 pada Disember 2011
dan RM11,413 pada Januari 2013 yang kesemuanya berjumlah RM34,239.
Mengulas lanjut, saksi itu berkata pada Januari hingga April
2009, pendapatan Ahli Parlimen Pekan itu adalah sebanyak RM48,681 sebulan.
Jumlah pendapatan itu kemudian naik kepada RM58,605 bermula
pada Mei 2009 hingga April 2018.
Perbicaraan bersambung lagi petang ini.
Pasukan pendakwaan diwakili Peguam Negara, Tommy Thomas,
Datuk Sulaiman Abdullah, Datuk V. Sithambaran, Datuk Ishak Mohd. Yusoff, Donald
Joseph Franklin, Datuk Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi,
Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Manoj Kurup, Mohd. Ashrof Adrin
Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pasukan pembelaan pula diwakili peguam Tan Sri Muhammad
Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Shafee, Datuk Mohd. Yusof
Zainal Abidin, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan
Mohammed, Muhammad Shafee Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina
Fuad, Nur Syahirah Hanapiah dan Zahria Eleena Redza.
Pada 4 Julai tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah
di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah serta
satu pertuduhan menyalahgunakan jawatan berhubung dana SRC.
Kemudian, pada 8 Ogos tahun sama, Najib sekali lagi didakwa
atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama
daripada dana sama milik SRC.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen
24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak
kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal
perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau
RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel