Connect with us

Berita Lain

Najib sambut cabaran debat ‘kleptokrasi’ Lim



Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini berkata beliau bersetuju dengan tajuk debat berkenaan kleptokrasi seperti yang dicadangkan Lim Kit Siang.

“Lim telah setuju untuk berdebat dengan saya.
“Dia cadangankan topik debat…Saya terima tajuk yang disarankannya tetapi seadilnya dan semoleknya kita perlu bincangkan topik-topik lain semasa debat ini,” kata Najib lagi di laman Facebook miliknya hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Najib menjawab kenyataan Lim terdahulu yang mencadangkan tajuk debat iaitu “Bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global dan bagaimana kita dapat menjadi contoh negara berintegriti”.
“Sekiranya dia (Lim) cukup lapang untuk menulis pelbagai kenyataan setiap hari, dia sepatutnya lapang untuk berdebat,” kata Najib lagi seperti dipetik portal Malaysiakini.
Namun pemimpin veteran DAP itu berkata beliau hanya “berminat” terhadap Najib kerana bekas perdana menteri itu telah membawa kerosakan besar buat negara dengan legasi kleptokrasinya.
Najib turut mencadangkan debat tersebut diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan disiarkan secara langsung di televisyen.
“Pegawai saya akan berhubung dengan pegawai Lim untuk menganjurkan debat ini,” katanya lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Lim pula membalas beliau tiada masalah jika topik lain turut dimasukkan tetapi subjek debat perlu dikekalkan.
“Saya tiada bantahan untuk membincangkan topik lain, tetapi subjek debat tidak boleh diubah dan perlu diuar-uarkan dengan jelas sebagai ‘bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global dan bagaimana kita dapat menjadi contoh negara berintegriti’.
Saya juga telah melantik setiausaha politik saya, Syahredzan Johan dan pegawai parlimen, Ahmad Faiz Mustafa, untuk berhubung dengan pegawai Najib untuk memuktamadkan perincian debat selepas Hari Raya,” kata Lim dalam kenyataannya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel