Connect with us

Berita Lain

Pahang harap Putrajaya pertimbang royalti minyak RMM100j dijanji Najib

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail – Foto oleh NST

Kerajaan Pahang meminta Putrajaya mempertimbangkan semula
bayaran royalti minyak atau wang ihsan kepada negeri itu, kata Menteri Besar
Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata surat rasmi berhubung permohonan itu akan
dikemukakan secara rasmi dalam masa terdekat, namun menyerahkan kepada kerajaan
Persekutuan menentukan nilai yang akan diberikan.
“Perkara ini (pemberian wang ihsan atau royalti
minyak) pernah diumumkan oleh kerajaan terdahulu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bekas Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan
pemberian royalti sebanyak RM100 juta kepada kerajaan negeri.
“Jadi, hari ini saya membangkitkan semula soal
pembayaran royalti ini supaya dapat dipertimbangkan oleh kerajaan
Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sentuhan
Kasih Ramadan Yayasan Petronas 2019 di Kuantan, semalam.
Majlis anjuran Yayasan Petronas itu meraikan 161 pelajar
kurang berkemampuan dari 24 buah sekolah sekitar Kuantan turut dihadiri
Pengurus Besar Petronas Pantai Timur Wan Mohd Hasnan Abdullah.
Wan Rosdy berkata pemberian wang ihsan atau royalti itu –
jika diluluskan kerajaan – dapat memanfaatkan rakyat di Pahang.
Untuk rekod, pada Okt 2012 Najib mengumumkan Petronas
Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak
Bertam yang terletak di Blok PM 307.
Beliau dilaporkan berkata kedudukan medan minyak tersebut
terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia
bertentangan Pahang pada kedalaman air 76 meter.
Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu berkata
Pahang dijangka menerima wang royalti sekitar RM100 juta setahun bergantung
kepada anggaran pengeluaran. 
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel