Connect with us

Berita Lain

PH bertuah kerana punyai Perdana Menteri Tun Mahathir

PH dianggap bertuah kerana mempunyai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah memimpin negara lebih dua dekad – Foto oleh Astro Awani

Penganalisis politik, Md Shukri Shuib menyifatkan kerajaan
baharu, Pakatan Harapan (PH) yang kini mentadbir Malaysia selepas memperoleh
kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah bertuah.
Menurut beliau, keistimewaan itu dibuktikan apabila tampuk
pimpinan parti komponen berkenaan merupakan bekas perdana menteri yang pernah
memimpin negara lebih dua dekad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“PH dianggap bertuah kerana mempunyai Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai pengalaman dalam selok-belok pentadbiran
Malaysia.
“Situasi ini jarang berlaku dalam dunia politik dan ia harus
dihargai oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Tambah Md Shukri, perubahan dan peralihan kuasa pembentukan
Kerajaan Persekutuan daripada BN kepada PH mempunyai pro dan kontra.
Bagaimanapun, PH mempunyai kekuatan tersendiri apabila mampu
menguruskan negara tanpa memerlukan perubahan dasar yang berlebihan.
“Jika diperhatikan, sebelum ini beliau (Dr Mahathir)
memimpin negara bersama BN manakala kini dengan pasukan PH tetapi, situasi negara
tidak berubah secara drastik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kehidupan masyarakat dan negara masih berada dalam
kelompok serta sistem yang sama,” jelasnya.
Beliau memberitahu, masyarakat perlu memahami bahawa
perubahan kerajaan bukan bermaksud perubahan sistem.
“Sistem di sini adalah merujuk pada aspek perundangan,
gaya pentadbiran dan dasar.
“Setiap komponen ini tidak memerlukan kerajaan
melakukan perubahan secara drastik sekiranya ia kekal memangkin kesejahteraan
rakyat dan negara,” ulasnya. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel