Connect with us

Berita Lain

Polis akan panggil Ali Amir Batcha, kata IGP


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas penguasa
polis iaitu Md Ali Amir Batcha yang didakwa merompak ketika bertugas 20 tahun
lalu bagi mendapatkan penjelasannya mengenai perkara tersebut.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata
beliau mengambil sikap terbuka dan akan mendengar penjelasan mengenai perkara
berkenaan walaupun kes itu telah lama berlaku.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya akan panggil beliau (Md Ali). Mungkin ada perkara
baharu yang beliau mahu bangkitkan. Ini juga kerana penampilan beliau jelas
menunjukkan bahawa dia yakin tidak bersalah.
“Tapi apa yang ada pada rekod PDRM semua keadilan telah
dilaksanakan dalam kes beliau saya ambil sikap terbuka mendengar apa
juga…mungkin beliau ada perkara baharu untuk dibangkitkan dalam hal ini,”
katanya.
Abdul Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas
mengenai isu itu selepas hadir majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis
Negara, di Bukit Aman, di sini hari.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Baru-baru ini, Md Ali, 65, yang pernah bertugas dalam
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Jenayah Berat (D9) menuntut kerajaan Pakatan
Harapan menubuhkan sebuah tribunal khas bagi menyiasat semula tuduhan palsu
berkaitan rompakan membabitkan dirinya pada tahun 90-an.
Md Ali mendakwa menjadi mangsa kepada satu konspirasi dan
kini mahu buktikan dia tidak pernah terlibat dalam rompakan tersebut.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel