Connect with us

Berita Lain

Saksi kata Najib terkejut duit masuk akaun peribadi, namun tidak minta buat laporan polis, SPRM

Najib Razak tidak meminta untuk membuat
laporan walaupun diberitahu bahawa seseorang secara tidak sengaja memindahkan
RM42 juta ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri itu. – Foto oleh Malay Mail

Datuk Seri Najib kelihatan terkejut selepas mengetahui
terdapat transaksi kemasukan wang daripada akaun syarikat Ihsan Perdana Sdn.
Bhd. ke dalam akaun AmPrivate Banking-1MY miliknya.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Urusan Ihsan
Perdana, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman ketika memberi keterangan dalam
perbicaraan hari ke-20 melibatkan bekas Perdana Menteri itu berhubung
penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Dr. Shamsul Anwar, beliau melihat reaksi begitu di
raut wajah Ahli Parlimen Pekan itu dalam satu pertemuan di kediamannya di
Langgak Duta selepas beliau dibebaskan daripada reman, lapor Utusan Online.
Saksi pendakwaan ke-37 itu pernah ditahan reman selama lima
hari pada tahun 2015 bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Dalam pertemuan itu, saya bercerita tentang tahanan
reman dan soal siasat oleh SPRM terhadap saya.
“Beliau kelihatan terkejut dan kecewa selepas
mengetahui seseorang memasukkan wang ke akaunnya. Beliau tidak tahu siapa yang
masukkan wang itu dan kenapa ia dilakukan melalui syarikat saya (Ihsan
Perdana),” katanya ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee
Abdullah yang mewakili Najib ketika pemeriksaan balas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Saksi turut mengulangi keterangan sama ketika pemeriksaan
semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi bahawa
bekas Presiden UMNO itu benar-benar terkejut selepas mengetahui perkara
(transaksi) tersebut.
Biarpun begitu, saksi mengakui Najib tidak memintanya
membuat sebarang laporan polis atau kepada SPRM berhubung perkara tersebut.
Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak
bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah
guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel