Connect with us

Berita Lain

SPRM bakal guna undang-undang baru dakwa syarikat terlibat rasuah

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal
melaksanakan undang-undang baharu iaitu Seksyen 17A Akta SPRM 2009, yang akan
berkuatkuasa pada Jun 2020.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki berkata
peruntukan undang-undang yang membolehkan syarikat terlibat rasuah didakwa itu,
adalah untuk melaksanakan obligasi dan memenuhi tanggungjawab antarabangsa di
bawah Artikel 26 ‘United Nation Convention Against Corruption (UNCAC)’ yang
merujuk kepada ‘Liability Of Legal Person’.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata sebelum peruntukan itu wujud, Akta SPRM 2009
hanya tertumpu kepada pendakwaan atas ‘natural person’ iaitu individu yang
terlibat dengan rasuah sahaja.
“Oleh yang demikian, Seksyen 17A digubal bagi membolehkan
syarikat yang menjalankan kegiatan rasuah, dikenakan tindakan sewajarnya
berlandaskan undang-undang.
“Seksyen 17A telah diluluskan di Parlimen pada 5 April 2018,
yang memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersil,” katanya.
Azam berkata melalui seksyen berkenaan, organisasi komersil
boleh didakwa sekiranya orang yang bersekutu dengan organisasi komersil itu
terlibat dengan jenayah rasuah dengan tujuan untuk membolehkan organisasi
komersil itu memperoleh atau mengekalkan kontrak atau kepentingan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dalam masa sama, peruntukan itu menghendaki, sebagai
tindakan pencegahan organisasi komersil untuk mewujudkan polisi dan usaha
pencegahan rasuah dalam organisasi mereka dalam bentuk tatacara yang mencukupi,”
katanya.
Beliau berkata dalam menggubal peruntukan itu, SPRM telah
merujuk kepada pelbagai sumber perundangan sama ada domestik atau luar negara. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel