Connect with us

Berita Lain

Tun M adakan lawatan kerja 3 hari ke Jepun

Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) disambut oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya (dua, kanan) dan Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Kennedy Jawan (kiri) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda malam ini, untuk lawatan kerja selama tiga hari ke Jepun bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-25 Mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei. Foto: Bernama



TOKYO – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda hari ini untuk lawatan kerja selama tiga hari ke Jepun bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-25 Mengenai Masa Depan Asia, atau Persidangan Nikkei.


Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mendarat pada kira-kira pukul 9.30 malam waktu tempatan Rabu. Malaysia adalah satu jam di belakang Jepun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Jadual acara Dr Mahathir di Jepun merangkumi senarai yang padat, mesyuarat dan temubual media, bermula dengan menyampaikan ucaptama pada persidangan pembukaan Nikkei esok.


Turut mengalu-alukan ketibaan beliau di lapangan terbang itu ialah Naib Menteri Parlimen Jepun, Kenji Yamada; Duta Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa dan isteri Yuko Miyagawa; dan Pengarah Kedua bagi Asia Tenggara, Kementerian Luar Negeri Jepun, Shingo Miyamoto.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dan Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan dan isteri, Datin Josephine Anak Dagang turut hadir. Pada Persidangan Nikkei, ucapan Dr Mahathir akan berkisar pada tema “Seeking a New Global Order – Overcoming the Chaos”.


Satu lagi acara kunjungan Dr Mahathir ialah pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Shinzo Abe, serta beberapa perbincangan dengan pemimpin perniagaan Jepun dan kelab wartawan asing.


Beliau juga dijadual menyampaikan ucapan mengenai situasi semasa Malaysia dan jangkaan pelaburan dari Jepun semasa Dialog Perniagaan Malaysia-Jepun, anjuran bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro).

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Dr Mahathir dijangka pulang ke tanah air pada Jumaat. -Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel