Connect with us

Berita Lain

Ugut ketua polis daerah : DAP serahkan pada polis untuk siasatan

foto sumber internet



KUANTAN, 20 Mei — DAP akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pemimpin bahagian parti itu di Pahang yang didakwa mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut, kata Timbalan Setiausaha Agungnya, Nga Kor Ming. 


Beliau berkata, ia selari dengan prinsip parti yang menghormati dan mematuhi undang-undang, dan buat masa ini memberi ruang secukupnya kepada polis untuk melakukan siasatan. 

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kami serahkan kepada polis dan kami menghormati siasatan mereka. Apabila keputusan polis sudah diperoleh maka parti juga akan mengambil tindakan yang perlu,” katanya. 


Nga berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada lawatannya ke Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) hari ini, bagi mengetahui dengan lebih lanjut perjalanan operasi taman industri yang terletak di Gebeng di sini.


Beliau diminta mengulas penahanan pemimpin bahagian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut dekat sini pukul 3.00 petang semalam, bagi membantu siasatan melakukan ugutan jenayah terhadap Supt Mazlan Hassan. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Pemimpin parti berusia 53 tahun itu didakwa telah menghantar mesej berbau ugutan kepada Mazlan menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis lepas, yang dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap tindakan polis di IPD itu. 


Difahamkan ia ekoran tindakan polis merampas dan menahan rokok dan minuman keras tidak bercukai yang didakwa dijual oleh seorang lelaki, yang turut mempunyai jawatan dalam parti. 

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad yang mengesahkan penahanan suspek menambah dia telah dilepaskan dengan jaminan polis selepas selesai proses rakaman percakapan pada petang semalam. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel