Connect with us

Pilihan Editor

‘Bukan Sabah saja lewat terima peruntukan pembangunan’

Kelewatan penyaluran peruntukan pembiayaan beberapa projek pembangunan kerajaan tidak hanya berlaku di Sabah tetapi turut terjadi di negeri lain termasuk di Semenanjung, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata penyaluran pembiayaan projek pembangunan itu dilihat sangat perlahan berikutan berlaku beberapa kekangan termasuk masalah kewangan ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Loading…

“Ia lambat bukan hanya di Sabah tetapi juga di Semenanjung. Masalahnya ialah kita menghadapi banyak rintangan berpunca kerajaan terdahulu.

“Perkara yang paling penting kita tiada wang. Kita biarkan sektor swasta menjalankannya (projek) dan kita mesti pastikan sektor swasta itu adalah tulen dan bukannya menjadi alat untuk orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Bandaraya di Kota Kinabalu, malam ini.

Advertisement

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal.

Mengulas perkembangan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, Dr Mahathir menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) persekutuan untuk menentukan sama ada memberikan kuasa kepada JKR Sabah bagi menguruskan projek berkenaan.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah melantik pihak luar untuk memantau projek itu sehingga kerajaan mengeluarkan perbelanjaan tambahan dengan menggunakan perkhidmatan pihak terbabit.

“Ini tugas JKR. Jadi sekarang JKR mengambil semula peranan itu sekurang-kurangnya dalam hal Sabah, dan terpulang kepada mereka (untuk menentukan) siapa pihak berkuasa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata Bersatu sentiasa bekerjasama rapat dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) meskipun ia bukan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

Advertisement

Beliau berkata tiga menteri Kabinet PH dalam kalangan wakil rakyat Warisan juga adalah bukti parti berkenaan memberi kerjasama erat dengan PH.

Selain itu, Warisan turut memainkan peranan sangat besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan baru-baru ini, katanya.

PRK Parlimen Sandakan menyaksikan calon PH Vivian Wong Shir Yee daripada DAP memperolehi kemenangan besar dengan majoriti undi sebanyak 11,521 dalam pertembungan lima penjuru pada 11 Mei lepas.

Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel