Connect with us

Terkini

Saifuddin sahkan lantikan Latheefa sebagai KP SPRM yang baru tidak dimaklumkan kepada kabinet, PKR

Pelantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu, tidak dimaklumkan kepada Kabinet sebelum itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau juga hanya mengetahui mengenai pelantikan bekas pemimpin PKR itu melalui media.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, perkara itu juga tidak diketahui oleh parti.

Loading…

Bagaimanapun katanya, ibu pejabat PKR sudah menerima surat keluar parti daripada Latheefa pada 3 Jun lalu yang ditujukan kepada Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui emel, lapor Berita Harian lagi.

Advertisement

“Setakat ini, kita sudah terima surat keluar parti yang berkuat kuasa serta merta. Jadi, status beliau (Latheefa) sekarang adalah beliau bukan lagi ahli parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Latheefa menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon memendekkan kontrak beliau lebih awal daripada yang sepatutnya pada 17 Mei 2020.

Ditanya mengenai kritikan terhadap pelantikan Latheefa yang bercanggah dengan Manifesto PH, Saifuddin berkata, PH tetap berpegang kepada pendirian bahawa lantikan jawatan utama dalam SPRM perlu dirujuk kepada Parlimen.

Advertisement

“Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak mahu memberi sebarang komen sehingga kita kemungkinan mendapat penjelasan mengenai perkara ini,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel