Categories: Berita Lain

Dua sahabat maut motosikal bergesel

KUANTAN – Perjalanan pulang dua rakan selepas berhari raya secara berkonvoi berakhir tragedi selepas motosikal bergesel sesama sendiri di jalan besar Jengka 23, Maran dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, kejadian pada 10.15 malam itu menyebabkan Hamdan Mat, 47, maut ditempat kejadian manakala Mohammad Shahrizan Ahmad, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Jengka.

Loading…

Manakala seorang lagi rakan mereka Abu Bakar Ahmad, 26, yang turut menunggang motosikal sendiri bagi menyertai konvoi dari Jengka 22 ke Jengka 23 itu, patah tangan kanan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Hamdan dan Mohammad Shahrizan bergesel di kawasan selekoh menyebabkan mereka terjatuh ke arah laluan bertentangan dan dilanggar kereta Proton Waja.

Advertisement

“Pemandu Proton Waja mendakwa tidak sempat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat sebelum keretanya juga terbabas dan melanggar Abu Bakar serta sebuah kereta Honda Civic yang berada di belakang konvoi mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, Norzamri berkata, kedua-dua lelaki yang memandu Proton Waja berusia 54 tahun dan Honda Civic, 32, tidak cedera.

“Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

13 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

15 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago