Categories: Berita Lain

Mahkamah benarkan wajah pengganas Christchurch disiarkan

WELLINGTON: Hakim New Zealand, semalam memutuskan media kini boleh menyiarkan gambar pengganas kulit putih yang membunuh 51 jemaah di dua masjid di Christchurch Mac lalu.

Dua mahkamah negara itu sebelum ini mengarahkan stesen televisyen, laman web, akhbar dan media lain cuma menyiarkan imej Brenton Harrison Tarrant, 28, dengan wajah dikaburkan.

Loading…

Namun Hakim Mahkamah Tinggi, Cameron Mander, menulis dalam nota mahkamah bahawa pendakwa raya menyatakan tidak perlu lagi mengaburkan imej Tarrant dan beliau menarik balik arahan itu.

Arahan sebelum ini tidak dapat menghentikan imej Tarrant daripada diedarkan di internet, dan persoalan kekal mengenai sama ada arahan mahkamah juga tertakluk kepada media yang beroperasi di luar sempadan negara itu.

Advertisement

Profesor undang-undang bersara, Bill Hodge, berkata hujah awal mengaburkan imej Tarrant bertujuan memastikan saksi tidak terganggu, dan mereka dapat mengenal pasti pengganas berkenaan dengan ingatan sendiri, bukan daripada gambar di akhbar.

Tarrant melakukan penstriman langsung serangan yang dilakukannya menerusi Facebook.

Video selama 17 minit itu, yang jelas menunjukkan wajahnya, disalin dan disebarkan meluas di internet ketika syarikat teknologi bergelut memadamkannya.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, berikrar tidak akan menyebut nama pengganas itu, dan bulan lalu membantu mengetuai janji global dinamakan ‘Christchurch Call’, bertujuan meningkatkan usaha memastikan internet tidak digunakan untuk menyebarkan kebencian, kumpulan pelampau terancang dan serangan yang disiarkan secara langsung.

Amerika Syarikat, bagaimanapun tidak menyokong ikrar itu, atas alasan menghormati kebebasan berucap dan kebebasan media. — Agensi

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

5 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

6 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago