Connect with us

Berita Lain

Pelantikan Latheefa ikut prosedur – Muhyiddin

MUAR – Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu tidak wajar dipersoalkan mana-mana pihak kerana ia mengikut prosedur yang betul.

Prosedur itu kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuklah dari segi perlembagaan dan kuasa eksekutif.

Loading…

“Benda itu (prosedur) semuanya betul. Cuma yang berbangkit sekarang ini ialah soal politik. Orang persoalkannya dan politik pula mengikut tafsiran masing-masing,” kata beliau kepada media sebagai mengulas isu itu pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen Pagoh di Dewan Orang Ramai Felda Sri Ledang di Pagoh di sini, hari ini.

Biarpun pelantikan itu dilihat sebagai satu langkah yang baik, Muhyiddin bagaimanapun berharap akan ada perbincangan terlebih dahulu diadakan bersama pemimpin Pakatan Harapan pada masa hadapan bagi memastikan golongan ini memahami sebab pelantikan.

Advertisement

“Ini supaya ia selari dengan apa yang telah kita kemukakan dalam manifesto,” katanya.

Pelantikan Latheefa yang diumum pada tiga hari lepas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong akan berkuat kuasa mulai 1 Jun selama dua tahun.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhaya Suruhanjaya terbabit.

Berhubung isu Op Selamat sempena Aidilfitri pula, Muhyiddin berkata, beliau diberitahu bahawa setakat ini, kira-kira 13,000 kes kemalangan dilaporkan sepanjang operasi.

Ini sekali gus menampakkan bahawa operasi dan kempen keselamatan jalan raya yang dijalankan seakan tidak mendatangkan kesan yang mendalam bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Advertisement

“Kemalangan masih berlaku mungkin kerana nak cepat balik, sampai ke destinasi dan kampung tetapi apapun, ini suatu perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh pengguna jalan raya demi mengelakkan hal-hal ini berlaku,” katanya.- Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel