Connect with us

Terkini

Selepas Oxford, Dr Mahathir jadi pemimpin Asean pertama berucap di Cambridge Union

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan bahawa perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berucap pula di Cambridge Union, hanya selepas 5 bulan beliau berbuat demikian di persatuan debat British terkenal, Oxford Union.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perdana menteri akan menjadi pemimpin Asean pertama yang dipelawa untuk berucap di Oxford dan Cambridge Union.

Loading…

“Alhamdulillah, selepas berbulan merancang, Tun M akan menjadi rakyat Malaysia pertama dan pemimpin yang dipilih secara demokrasi dari Asean untuk berucap di Oxford dan Cambridge Union.” katanya menerusi catatan di Facebook miliknya.

“Ia sudah disahkan, 16 Jun di Cambridge,”

Advertisement

“Tun M akan sentiasa meletakkan Malaysia sebagai wakil sebenar Asean.”

Syed Saddiq yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar itu berkata, Dr Mahathir mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa ketika berucap di Oxford Union pada 18 Januari lalu.

Sebelum ini telah ramai pemimpin dunia di undang untuk berucap di Cambridge Union, termasuk Dalai Lama, bekas presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan Theodore Roosevelt serta bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Pada januari lalu, Dr Mahathir menjadi pemimpin Malaysia pertama berucap di Oxford Union.

Beliau mengulangi kritikannya mengenai demokrasi dan pendirian tegas terhadap Israel.

Advertisement

Selain menolak dakwaan bahawa dirinya anti-Semitisme beliau turut mempertahankan rekod lampaunya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel