Connect with us

Jenayah

Berang tak dapat pinjam duit raya anak, mekanik pukul isteri, tendang kepala anak

Seorang mekanik berusia 32 tahun direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan selepas memukul isteri dengan papan luncur dan menendang kepala anak mereka yang berusia 11 tahun.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pak Damat, Gong Badak, Kuala Nerus, Khamis lalu dikatakan suspek berang selepas permintaannya untuk meminjam duit raya anaknya sebanyak RM10 tidak diendahkan

Sebelum kejadian, suspek telah mengejutkan anak lelakinya itu yang sedang lena tidur dengan cara kasar semata-mata hendak meminjam duit raya mangsa yang berjumlah RM10 untuk membeli kad nilai tambah prabayar, lapor Sinar Harian.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bagi membolehkan lelaki berusia 32 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganasan Rumahtangga 2012.

Advertisement

Suspek dikatakan berang selepas mangsa memaklumkan yang dia tidak mempunyai duit sebelum bertindak mengamuk dengan menendang kepala kanak-kanak itu.

“Suspek bertindak sedemikian apabila berang mangsa menipunya kerana tahu anaknya itu mempunyai banyak duit raya selepas berhari raya bersama saudara mara pada hari raya pertama.

“Perbuatan suspek yang menendang kepala mangsa disedari isterinya sebelum cuba menghalang tindakan melampau itu, namun tidak dihiraukan.

“Malah, suspek bertindak memukul isterinya itu dengan papan luncur di kepala selain melempar kereta mainan sehingga terkena di dahi wanita itu,” katanya lagi.

Akibat tindakan itu, isteri suspek berusia 31 tahun itu yang mengalami kecederaan bengkak dan luka sehingga berdarah di dahi telah membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus.

Advertisement

“Suspek juga didakwa sebelum ini kerap mengamuk sehingga menyebabkan kerosakan harta benda di dalam rumah malah pernah menyebabkan kecederaan orang di sekelilingnya,” katanya.

Suspek ditangkap kira-kira jam 11.45 malam tadi di Tepoh.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel