Connect with us

Terkini

Sultan Ibrahim terima kunjungan kepemimpinan PH Johor pada pagi Aidilfitri

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah terlebih dahulu berkenan menerima kunjungan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) Johor pada Hari Raya pertama, Rabu lepas.

Menurut catatan terbaru dalam laman Facebook Sultan Johor yang disertakan beberapa gambar hari ini, kepemimpinan Kerajaan Negeri Johor diketuai Menteri Besar Dr Sahruddin Jamal serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, antara yang pertama mengunjungi Istana Bukit Serene pada pagi Aidilfitri.

Loading…

Ketibaan mereka disambut mesra Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta keluarga Diraja Johor dan kemudian turut diraikan dalam satu majlis santapan pagi bersama baginda serta keluarga Diraja.

Menurut catatan berkenaan, Sultan Ibrahim kemudian berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor di Saujana, pada hari sama, dan baginda turut beramah-mesra bersama para pengunjung serta penyokong PH dengan mengenepikan segala protokol.

Advertisement

Sultan Ibrahim juga menyambut kehadiran rombongan kepemimpinan PH Johor pada Majlis Rumah Terbuka Istana Johor, pada Hari Raya kedua, Khamis lepas, di Istana Pasir Pelangi.

Baginda meluangkan masa serta beramah-mesra bersama kepemimpinan Kerajaan Negeri Johor di Khemah Diraja pada majlis berkenaan.

Menurut catatan itu lagi, Sultan Johor sentiasa mengalukan-alukan kehadiran pelbagai pihak dalam mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama umat Islam.– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel