Connect with us

Terkini

Tun M pemimpin tunggal berucap di kesatuan Oxford, Cambridge

LONDON, 16 Jun — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin merupakan satu-satunya pemimpin yang diberi penghormatan untuk bercakap pada kedua-dua forum Kesatuan Oxford dan Kesatuan Cambridge, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Sadiq Abdul Rahman.

Dr Mahathir yang telah berucap pada majlis  Kesatuan Oxford pada Januari tahun ini akan menyampaikan ceramah di Kesatuan Cambridge yang bertajuk “Demokrasi di Malaysia dan Asia Tenggara” di  Universiti Cambridge pada petang ini.

Loading…

“Ia akan menjadi hari bersejarah, Tun akan bercakap di Kesatuan Cambridge mewakili kepimpinan Malaysia dan Asean. Tiada yang  dapat menghalang Tun Dr Mahathir daripada menyuarakan buah fikirannya dan beliau masih dijemput untuk bercakap di Kesatuan Cambridge,” katanya.

Anggota kedua-dua kesatuan itu daripada universiti yang terkenal dan terhormat – Oxford dan Cambridge sering menganjurkan majlis perdebatan.

Advertisement

Syed Sadiq berkata demikian kepada media Malaysia yang menunggu ketibaan Dr Mahathir di Muzium British untuk melawat Galeri Dunia Islam Yayasan Al Bukhary di muzium  itu di Bloomsbury, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pertemuan antara Majlis UK dan Eire (Ireland) (UKEC) untuk wakil pelajar Malaysia pada Sabtu, Syed Sadiq memuji para pelajar berkenaan atas  keberanian mereka dalam mengemukakan  isu yang mempengaruhi mereka dan Malaysia kepada perdana menteri.

Syed Sadiq yang hadir dalam mesyuarat tertutup itu berkata wakil UKEC menyuarakan keprihatinan mereka terhadap gaji yang tidak menentu, peluang pekerjaan yang terhad dan jurang pemisahan yang luas antara kumpulan T20 dan B40 dalam komuniti Bumiputera.

Syafiq Akmal Mohd Hussein, seorang ahli dewan eksekutif UKEC memberitahu media Malaysia bahawa Dr Mahathir sangat  mengambil perhatian terhadap kebimbangan yang mereka suarakan dalam mesyuarat itu.

Beliau berkata Perdana Menteri mahu mereka belajar dengan sungguh-sungguh dan pulang ke tanah air bersama pengetahuan dan nilai baik yang berguna untuk pembinaan negara.

Advertisement

Perdana Menteri menyebut orang Jepun sebagai contoh, yang mengutamakan kerja keras dan nilai-nilai yang baik yang  mereka perlukan dalam membangunkan negara,” kata pelajar tahun kedua Imperial College London dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik. — Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel