Connect with us

Mahkamah

Ahli Lembaga Pengarah SRC mungkin diperdaya

KUALA LUMPUR – Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin mungkin bersepakat dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan ketika itu, Nik Faisal Ariff Kamil untuk memperdayakan ahli lembaga pengarahnya (BOD) berhubung perjanjian yang dimeterai oleh Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Putra Perdana Construction Sdn Bhd, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Bekas Pengerusi Lembaga SRC Tan Sri Ismee Ismail, 54, bersetuju dengan cadangan peguam Harvinderjit Singh bahawa BOD tidak dimaklumkan tentang perjanjian itu di mana Gandingan Mentari akan melabur RM140 juta bersama Putra Perdana Construction untuk Putra Perdana Construction melabur di Afrika Selatan.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Saksi ke-39 pendakwaan itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Harvinderjit pada hari ke-26 perbicaraan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Peguam itu berkata perjanjian itu membabitkan pembahagian keuntungan 70/30 antara Gandingan Mentari dan Putra Perdana Construction.

Advertisement

Gandingan Mentari adalah anak syarikat SRC International Sdn Bhd manakala Putra Perdana Construction pula merupakan anak syarikat Putrajaya Perdana Berhad.

Harvinderjit: Gandingan Mentari memeterai perjanjian dengan Putra Perdana Construction sebagai pengurus pelaburan (pseudo-investment manager) dalam perlombongan di Afrika Selatan, memperuntukkan RM140 juta kepada Putra Perdana Construction dan membahagikan 70/30 dengan Gandingan. Adakah ini tidak dimaklumkan kepada lembaga?

Ismee: Ya.

Harvinderjit: Nampaknya seperti Suboh bersubahat dengan Nik Faisal?

Ismee: Ya.

Advertisement

Harvinderjit: Pinjaman RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dikreditkan ke dalam akaun pada 28 Mac 2012 dan didebit keluar dari akaun itu dalam bulan Mac juga. Lembaga tidak meluluskan perkara ini?

Ismee: Ya.

Harvinderjit: Hakikat bahawa wang keluar dan masuk, tiada pematuhan dengan mandat lembata.

Ismee menjawab “Ya”

Harvinderjit: Adakan ini penipuan yang serius?

Advertisement

Ismee menjawab “Ya”

Harvinderjit: Selepas 2012, RM2 bilion masuk dan keluar dari akaun SRC dalam bulan Mac… terdapat wang yang masuk dan keluar. Adakah kamu bertanya kepada mereka (Nik Faisal dan Suboh) mengenainya?

Ismee: Saya tanya kepada Suboh dan menurut beliau, Nik Faisal berkata “semuanya okay.”

Harvinderjit: Adakah Suboh memberitahu kamu bahawa dia tidak menandatangani semua dokumen ini dan tandatangannya telah dipalsukan?

Ismee menjawab “Beliau tidak pernah beritahu saya.”

Advertisement

Harvinderjit: (Sepatutnya) semakan dilakukan, wang dalam akaun ini tidak boleh dikeluarkan melainkan dengan penandatanganan Kumpulan A yang diberi kuasa (menandatangani transaksi), tetapi bagaimanakah wang itu dipindah keluar? Kamu tidak boleh beritahu bagaimana?

Ismee: Ya.

Kepada soalan lain, saksi itu berkata Nik Faisal tidak memberi taklimat kepada BOD SRC berhubung jaminan kerajaan bagi pinjaman kedua daripada KWAP berjumlah RM2 bilion.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Saksi itu disoal balas oleh Harvinderjit sejak Selasa lepas.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan tiga pertuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Advertisement

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel