Categories: Mahkamah

Dipenjara 21 bulan kerana edar video pembunuhan beramai-ramai diChristchurch

WELLINGTON, 18 Jun ― Seorang lelaki rakyat New Zealand yang mengaku mengedar semula video penstriman langsung serangan ganas Christchurch telah dihukum penjara 21 bulan pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.

Philip Arps, pengendali sebuah syarikat yang menggunakan imej neo-Nazi, mengaku bersalah pada April bagi dua pertuduhan mengedar bahan yang tidak menyenangkan.

Loading…

Lelaki berusia 44 tahun itu mengaku bahawa sehari selepas insiden pembunuhan di masjid itu, beliau telah menghantar video yang telah diubah suai dengan rerambut silang serta “kiraan pembunuhan” dan mengedarkan video yang tidak diubah suai kepada 30 orang.

Pada prosiding pagi Selasa yang berlangsung di Mahkamah Daerah Christchurch, Hakim Stephen O’Driscoll berkata apabila ditanya pendapat Arps mengenai video itu, tertuduh menjawab “ia adalah hebat.”

Advertisement

Dalam penghakiman beliau, O’Discoll berkata oleh kerana pandangan ideologi Arps begitu ekstrim, tidak ada prospek untuk rehabilitasi dan hukuman yang dijatuhi ke atas tertuduh perlu menyingkirkan tahanan rumah.

Arps turut dikenakan syarat pasca pembebasan selama enam bulan yang menyaksikan beliau perlu menghadiri penilaian psikologi, tidak mengakses internet dan menjalani sesi penilaian serta kaunseling bagi penggunaan alkohol dan dadah.

Hakim O’Driscoll berkata Arps berhasrat membesar-besarkan kematian anggota komuniti Islam dan sebarang hukuman penjara yang singkat adalah tidak wajar. ― Bernama

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

4 mins ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

23 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago