Categories: Mahkamah

SRC gagal lunas hutang kepada KWAP

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu SRC International Sdn Bhd., (SRC) gagal melunaskan hutang kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) membabitkan pinjaman berjumlah RM4 bilion kerana akaun syarikat itu di Switzerland telah dibekukan.

Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategi, Kementerian Kewangan, Afidah Azwa Abdul Aziz, 44, berkata perkara tersebut telah dimaklumkan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, pada September 2015.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya turut hadir dalam mesyuarat antara SRC, KWAP dan Kementerian Kewangan itu,” katanya ketika membacakan penyataan saksi pada hari ke-28 perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tujuh pertuduhan berhubung kes penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Afidah Azwa berkata mesyuarat juga telah meminta SRC mengemukakan kedudukan kewangan syarikat dan menjelaskan mengenai pembekuan akaun di Switzerland.

Advertisement

“Beberapa surat telah dihantar dan diterima tetapi tiada dokumen atau maklumat dibekalkan oleh SRC mengenai perkara itu,” kata saksi ke-41 pendakwaan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim.

Afidah Azwa juga berkata beliau terlibat dalam urusan pemberian dua surat jaminan kerajaan kepada KWAP berhubung pinjaman SRC, masing-masing berjumlah RM2 bilion pada 2011 dan 2012.

“Kebiasaannya, bagi permohonan jaminan kerajaan, setelah menerima permohonan daripada syarikat yang memohon, bahagian saya akan memanggil syarikat untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai keperluan pembiayaan dan syarikat perlu menyatakan tujuan pinjaman, latar belakang projek, bentuk pinjaman dan unjuran aliran tunai atau ‘cash flow’ syarikat.

“Namun bagi permohonan SRC, syarikat tidak dipanggil oleh Kementerian Kewangan untuk mengemukakan keterangan lanjut kerana syarikat yang diwakili Nik Faisal Ariff Kamil dan Zahid Taib serta dua lagi yang saya tidak ingat nama, telah datang sendiri ke kementerian untuk membincangkan keperluan segera jaminan kerajaan yang ingin dipohon pada 15 Ogos 2011, iaitu Isnin,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa bagi surat Jaminan Kerajaan kedua yang membabitkan pinjaman tambahan berjumlah RM2 bilion, wakil SRC, Nik Faisal telah datang sendiri ke kementerian untuk membincangkan keperluan segera jaminan kerajaan itu.

Advertisement

Saksi itu berkata beliau kemudian diarah menyediakan satu memo dalaman bertarikh 2 Feb 2012 daripada Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) kepada Perdana Menteri melalui Menteri Kewangan II.

“Memo dalaman itu menjelaskan tujuan mengemukakan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) yang turut disediakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri supaya memberikan jaminan kepada SRC untuk pinjaman tambahan sebanyak RM2 bilion juga.

“Memo itu juga menjelaskan yang SRC mempunyai hutang berjumlah RM2 bilion yang diperoleh daripada KWAP pada 29 Ogos 2011 dan dengan pemberian jaminan baharu ini, hutang SRC yang dijamin kerajaan telah meningkat kepada RM4 bilion,” katanya.

Menurut Afidah Azwa, draf memo dalaman serta draf MJM telah dikemukakan kepada Setiausaha Bahagiannya, Maliami Ahmad, dan setelah diluluskan, memo itu dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) sebelum dikemukakan kepada Menteri Kewangan II iaitu Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“Memo itu telah disokong oleh Menteri Kewangan II pada 2 Feb 2012 iaitu pada hari sama memo disediakan. Memo dan MJM kemudian dikemukakan kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan telah dipersetujui pada 3 Feb 2012. Bagi memo ini, kelulusan adalah daripada Menteri Kewangan sendiri iaitu Najib,” katanya.

Advertisement

Afidah Azwa turut memaklumkan bahawa beliau telah diarah oleh setiausaha bahagiannya untuk mengemukakan memo dalaman dan MJM untuk kelulusan serta tandatangan Menteri Kewangan, namun tidak dimaklumkan sebab beliau perlu berbuat demikian.

Saksi itu berkata Kementerian Kewangan juga telah menghantar surat kepada KWAP bertarikh 28 Mac 2012 untuk memaklumkan mengenai kelulusan jaminan kerajaan kedua bagi pinjaman tambahan oleh Jemaah Menteri.

“Surat sama turut memohon KWAP mempertimbang agar pengeluaran wang pinjaman dapat dilakukan terlebih dahulu dan Kementerian Kewangan memberikan aku janji untuk menyerahkan surat jaminan kerajaan selewat-lewatnya dalam tempoh sepuluh hari.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sepanjang saya berkhidmat di Unit Jaminan Kerajaan di Kementerian Kewangan, setahu saya ini adalah kali pertama kementerian meminta pembiaya berbuat demikian.

“Kebiasaannya, wang pinjaman akan diserahkan kepada peminjam hanya setelah surat jaminan kerajaan diserahkan kepada pembiaya,” katanya sambil menambah surat jaminan kerajaan bermaksud bahawa pihak kerajaan, melalui Kementerian Kewangan, bersetuju dan memberikan jaminan untuk menanggung apa-apa kemungkiran pembayaran prinsipal serta faedah oleh SRC kepada pembiaya, iaitu KWAP, sepanjang tempoh perjanjian.

Advertisement

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago