Categories: Terkini

Lelaki terkena tembakan gara-gara rakan langgar lampu merah

ALOR STAR, 19 Jun — Seorang lelaki berusia 21 tahun cedera parah di bahagian lengan kiri, selepas terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis trafik dalam kejadian di Jalan Langgar, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi tadi, mangsa Mohd Alif Anuar yang membonceng motosikal ditunggang rakannya Zulhilmi Azri, 22, sedang dalam perjalanan dari Kuala Kedah menuju ke tempat kerja mereka, di Alor Mengkudu, di sini.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ibu mangsa, Hashimah Mahmood, 49, mendakwa anaknya itu telah ditembak oleh anggota polis trafik, yang cuba memberhentikan motosikal dinaiki anaknya, yang sebelum itu melanggar lampu isyarat merah di jalan tersebut.

“Anak saya kini berada di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah, akibat cedera parah dan doktor memaklumkan bahawa pembedahan untuk mengeluarkan sebutir peluru di bahagian tangan anak saya akan dijalankan malam ini.

Advertisement

“Dia yang berada dalam keadaan sedar ada memberitahu saya bahawa dia telah menyuruh rakannya untuk memberhentikan motosikal, namun rakannya enggan berbuat demikian kerana bimbang ditahan berikutan tidak mempunyai lesen memandu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Hashimah berkata dia tidak berpuas hati dengan tindakan polis berkenaan, yang melepaskan tembakan terhadap anaknya dan berharap tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap anggota tersebut.

“Saya dimaklumkan, selepas melepaskan tembakan itu, anggota polis tersebut meninggalkan anak saya dalam keadaan berlumuran darah dan tidak membantu menghubungi ambulans.

“Saya mahu tuntut keadilan, kerana anak saya mungkin akan mengalami cacat seumur hidup,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mat Kasim Karim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu, bagaimana pun tiada laporan dibuat oleh anggota terbabit.

Advertisement

“Berkemungkinan tembakan yang dilepaskan adalah untuk tujuan memberhentikan motosikal berkenaan, namun tindakan itu adalah tidak wajar dan bertentangan dengan PTKPN.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sekiranya tindakan anggota polis itu bertentangan dengan undang-undang, ia membuka ruang kepada mangsa untuk mengambil tindakan sivil terhadap pasukan polis,” katanya dalam kenyataan lewat malam ini.

Difahamkan Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu, esok. — Bernama

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

13 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

14 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago