Connect with us

Jenayah

Tolak isteri dan bayi dalam kandungan dari tebing tinggi kerana ingin bolot harta

UBON RATCHATHANI, Thailand – Seorang wanita dan bayi dalam kandungannya terselamat walaupun terjatuh dari sebuah cenuram sedalam 34 meter disyaki akibat ditolak oleh suaminya sendiri, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Lelaki itu yang dibelenggu masalah hutang dikatakan menolak isterinya, Wang Nan, 32, ketika mereka berada di Taman Negara Pha Taem di sini kerana suspek ingin membolot harta mangsa bernilai £2.5 juta (RM13.1 juta).

Insiden tersebut berlaku pada 9 Jun lepas.

Loading…

Pihak berkuasa berkata, mangsa cedera pada paha kiri, tangan, tulang selangka dan lutut tetapi bayi dalam kandungannya selamat.

Advertisement

Nan pada mulanya berkata, dia terjatuh dari tebing tersebut kerana pitam tetapi polis Thailand mengesyaki unsur jenayah dalam kejadian itu.

Seorang pegawai polis, Kolonel Charnchai Innara memberitahu, polis mendapati tindak-tanduk suami wanita itu mencurigakan selepas melihat dia berdiri agak jauh ketika mangsa sedang diselamatkan.

Seorang jurubahasa kemudian mendengar Nan bertanya kepada suaminya di hospital: “Kenapakah awak lakukan begitu terhadap saya?”

Wanita itu akhirnya memberitahu pihak berkuasa bahawa dia takut untuk menceritakan kisah sebenar lebih awal kerana suaminya berada di sisi ketika dia dirawat, demikian menurut laporan polis.

“Dia mengugut mahu membunuh saya jika saya mengadu kepada polis,” kata Nan.

Advertisement

Polis menahan suaminya, Yu Xiaodong, 33, di Hospital Sapphasitthiprasong, daerah Muang apabila dia melawat isterinya.

Pasangan itu yang berasal dari wilayah Jiangsu, timur China berada di Thailand kerana urusan perniagaan dan membuat keputusan untuk melawat taman negara berkenaan yang terkenal dengan formasi batunya.

Menurut Charnchai lagi, semua aset pasangan itu merupakan milik Nan manakala suaminya berasal daripada sebuah keluarga miskin.

Dia banyak berhutang tetapi Nan bersetuju membayar hanya separuh hutang lelaki berkenaan. – Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel