Connect with us

Terkini

Tok Mat pelik macam mana nak pulang dana 1MDB bila akaun Umno dah kena beku

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan kewajaran Ketua Pemuda PKR (AMK) Akmal Nasir yang meminta Umno memulangkan semula dana yang katanya diterima dari 1MDB.

“Pertama sekali, pemfailan oleh SPRM untuk pengembalian dana yang kononnya dari 1MDB tersebut adalah satu proses undang-undang.

Loading…

“Komitmen terbaik UMNO adalah untuk menghormati proses tersebut, tidak melakukan sebarang campur tangan dan memberikan kerjasama sepenuhnya.” kata Mohamad dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Mohamad Hasan juga pelik apabila Akmal Nasir yang juga merupakan ahli parlimen Johor Bahru itu menggesanya untuk memintas proses undang-undang hanya kerana mahu kemahuannya yang tidak berasas itu dituruti.

Advertisement

“Amat pelik jika seorang Ahli Parlimen menggesa saya untuk memintas proses undang-undang hanya kerana mahu menurut permintaan beliau yang tidak berasas.

Soal beliau, adakah saudara Akmal sebenarnya tidak yakin bahawa SPRM boleh membuktikan kes mereka dan beliau tidak mempercayai kebolehan mahkamah dalam membicarakan kes ini?

“Adakah saudara Akmal sebenarnya tidak yakin bahawa SPRM boleh membuktikan kes mereka dan beliau tidak mempercayai kebolehan mahkamah dalam membicarakan kes ini?

“Kedua, saya tegaskan bahawa permintaan itu bukan sahaja tidak berasas tetapi amat jelas menunjukkan yang Akmal tidak peka dengan keadaan semasa.

“Ini kerana, sekalipun dana yang diterima Umno itu dibuktikan kelak sememangnya datang dari 1MDB, bagaimana untuk Umno pulangkan sedangkan dana Umno sudah dibekukan oleh kerajaan,” kata Mohamad Hasan lagi.

Advertisement

Mohamad Hasan juga berkata tumpuannya kini adalah untuk memulihkan UMNO dan bukannya untuk bersaing dengan sesiapa.

“Ketiga, jangan salah faham, saya bukan dalam proses untuk bersaing dengan sesiapa pun.”

Tegasnya, UMNO tidak bermain geng-geng dalaman.

“Fokus saya sekarang adalah untuk memulihkan UMNO dan mengukuhkannya secara keseluruhan. Ini bukan perlumbaan seperti mana pergeseran Azmin vs Anwar.

Mohamad Hasan turut membidas Ketua Pemuda PKR kerana bercakap tanpa sebarang pengetahuan asas undang-undang dan fakta terkini berkenaan kes tersebut.

Advertisement

“Sebagai seorang Ahli Parlimen, bercakap tanpa sebarang pengetahuan asas undang-undang dan fakta terkini adalah sangat mengecewakan.

“Sekalipun ingin muncul relevan dan berpemikiran, saya harap Saudara Akmal boleh memberikan cadangan yang kalaupun tidak bernas, sekurang-kurangnya biarlah rasional dan praktikal,” kata Timbalan Presiden UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Rantau. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel