Categories: Sukan

KBS nafi Syed Saddiq berminat tentukan hala tuju KAFA

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menafikan laporan sebuah akhbar arus perdana berbahasa Melayu kononnya Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berminat dalam menentukan hala tuju Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Unit Komunikasi Korporat KBS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa perjumpaan di antara bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dengan Syed Saddiq di Menara KBS,Putrajaya, semalam lebih tertumpu kepada cadangan menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Loading…

Abdul Rashid yang merupakan Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu dilaporkan berminat untuk merebut jawatan Presiden KAFA susulan peletakan jawatan penyandang, Bibi Ramjani Ilias Khan, baru-baru ini.

KAFA dijangka akan mengadakan Kongres Agung Luar Biasa (EGM) pada 6 Julai ini di Wisma KAFA, Kota Bharu bagi memilih barisan kepimpinan baharu untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan barisan exco.

Advertisement

Menurut kenyataan itu lagi Syed Saddiq bertegas tiada campur tangan atau penglibatan ahli politik dalam sukan seperti yang digambarkan dalam laporan itu yang mendakwa pertemuan di antara Abdul Rashid dan Syed Saddiq semalam turut membincangkan mengenai masa depan bola sepak Kelantan. Sehubungan itu, KBS berharap pihak tertentu berhenti mengeluarkan kenyataan sedemikian menerusi laporan akhbar ataupun medium lain.

“Pelbagai pihak berkaitan perlulah merujuk terlebih dahulu kepada wakil kementerian bagi mendapatkan kepastian terutama sekali terhadap isu-isu seperti ini.Kami sentiasa terbuka untuk dihubungi bagi tujuan tersebut, menurut kenyataan itu lagi. –Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

7 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

11 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

17 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago