Connect with us

Terkini

Hutang negara kini cecah lebih RM797 bilion – Najib

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa hutang rasmi negara kini telah meningkat kepada RM797.4 bilion.

Najib Razak juga mencabar Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk “membuktikan saya salah” bahawa hutang rasmi negara telah meningkat kepada jumlah tersebut.

Najib yang memetik angka hutang itu dari laman web Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kerajaan menerbitkan bon sukuk untuk meminjam lagi sebanyak RM4 bilion semalam dengan bayaran balik pada 2039.

Loading…

Beliau berkata angka itu menunjukkan kerajaan meminjam RM67 bilion melalui sukuk tempatan bagi tempoh 6 bulan pertama 2019.

Advertisement

Menurut laporan portal FMT lagi pada bulan Mac yang lalu, Lim telah mengumumkan bahawa kerajaan meminjam RM7.3 bilion daripada sumber asing dengan mengeluarkan bon Samurai.

“Maklumat ini terdapat di laman web BNM untuk sesiapa sahaja menyemak. Berdasarkan pengiraan saya, hutang negara kini berjumlah RM797.4 bilion. Menjelang bulan depan, saya percaya ia akan meningkat kepada RM800 bilion.”

Beliau berkata ini adalah peningkatan lebih RM100 bilion sejak PH mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional yang dipimpinnya memandangkan hutang kerajaan adalah RM686 bilion menjelang akhir 2017.

“Mereka sudah mengambil RM82 bilion daripada Petronas tahun lepas, mereka menjual aset bernilai namun mereka terus meminjam wang begitu banyak,” katanya.” kata Najib lagi.

Najib berkata walaupun pentadbiran BN juga meminjam wang, ahli Parlimen Pekan itu berkata ia komited untuk mengetepikan sebahagian besar wang untuk membayar balik pinjaman tersebut. Kesannya, hutang di bawah kerajaan BN meningkat pada kadar yang lebih perlahan berbanding kerajaan PH.

Advertisement

Najib turut berkata pada 2017, kerajaan meminjam RM113.9 bilion dan membayar balik RM73.2 bilion, meningkatkan hutang negara sebanyak RM40.8 bilion.

Mengulas lanjut Najib membuat perbandingan dengan berkata pentadbiran baru meminjam RM114.8 bilion dan hanya membayar balik RM63.8 bilion, mengakibatkan peningkatan hutang negara pada 2018.

“Bagi 6 bulan pertama 2019 sahaja, mereka meminjam RM74.3 bilion tetapi mereka hanya membayar balik RM17.7 bilion. Ini bermakna hutang negara meningkat sebanyak RM58.6 bilion.”

Najib berkata DAP sentiasa mendakwa pinjaman 1MDB sebanyak RM30 bilion jahanamkan negara walaupun ada projek-projek bernilai RM140 bilion (Bandar Malaysia dan RM40 bilion (TRX) serta perjanjian penyelesaian dengan IPIC.

“Bukan sahaja PH tidak membayar balik pinjaman tertunggak 1MDB, mereka meminjam wang pada kadar lebih cepat daripada BN dan membayar balik dengan jumlah yang kurang.

Advertisement

“Saya benar-benar tidak terkejut jika propaganda mereka mengenai apa yang dipanggil hutang RM1 trilion menjadi kenyataan menjelang 2020 jika mereka terus meminjam wang pada kadar ini,” katanya.

Terdahulu, Lim mengakui hutang langsung kerajaan dan jaminan kerajaan meningkat apabila beliau mengumumkan keseluruhan hutang itu melepasi RM1.1 trilion.

Bagaimanapun, beliau berkata hutang kepada nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) telah berkurangan.

Najib berkata beliau tertunggu-tunggu mesyuarat Parlimen akan datang, yang bermula pada Isnin, kerana beliau berharap Lim akan mengambil peluang untuk membuktikan pengiraannya salah.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel