Connect with us

Terkini

Mustapa menteri yang paling banyak ‘hulur surat’ kepada ambo – Najib terkilan Tok Pa lompat tengah malam

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak buat pertama kalinya meluahkan perasaan kecewa beliau terhadap Datuk Seri Mustapa Mohamed yang keluar parti selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurut Najib, selain terkejut dengan tindakan Mustapa yang hanya diketahui ketika membaca akhbar, beliau mengakui terkilan dan menyifatkan kejadian itu seperti ditinggalkan oleh ‘orang kesayangan di tengah-tengah malam’.

Loading…

Walau bagaimanapun katanya, beliau kagum dengan semangat akar umbi apabila berjaya membuktikan kehilangan Mustapa tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka untuk kekal setia dan istiqamah bersama perjuangan parti.

“Ambo (saya) selama ini teropong Jeli dari jauh namun hari ini bila datang sendiri, kekuatan UMNO Jeli rupa-rupanya tidak dapat disangkal, walaupun orang kesayangan ambo itu sudah lari di tengah malam.. menjadi katak yang melompat,” katanya lagi lapor Utusan Online.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Dewan Kompleks UMNO Bukit Nangka, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Pemangku Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdullah Ya’kub.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan memberitahu, ketika beliau menjadi Perdana Menteri, Mustapa merupakan antara menteri Kabinet yang paling kerap menghulurkan ‘surat’ kepadanya meminta projek dan peruntukan daripada kerajaan Pusat.

“Dia antara menteri yang paling banyak hulur surat cinta kepada ambo, minta peruntukan, minta tender dan lain-lain, tapi ambo tetap luluskan demi rakyat Jeli. Apabila dia lompat di tengah malam, adakah itu balasannya?

“Sedikit pun dia tak beritahu ambo, dapat tahu (Mustapa keluar parti) pun dari akhbar sahaja. Tetapi tak apalah, seorang pemimpin lari tidak mengapa selagi kita sebagai akar umbi terus ada dan setia meneruskan wadah perjuangan parti,” katanya.

Advertisement

Beliau dalam pada itu berkata, hubungan baik dan kerjasama UMNO dengan Pas yang terjalin bakal menjadi asas yang kukuh untuk gabungan itu bersama parti komponen lain merampas pentadbiran negara daripada Pakatan Harapan dalam PRU akan datang.

Terdahulu, ketibaan Najib di pekarangan Dewan UMNO Jeli disambut dengan sorakan semangat dan laungan slogan popular beliau ‘malu apa Bossku’ oleh kira-kira 2,000 ahli parti yang berkumpul.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel