Categories: Terkini

Usul isytihar aset dijangka hangatkan Dewan Rakyat isnin ini


KUALA LUMPUR – Usul mewajibkan semua Ahli Parlimen mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka menghangatkan persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini.

Berdasarkan aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat, usul berkenaan dijangka dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong untuk ahli Dewan Rakyat termasuk pasangan, anak dan pemegang amanah mengisytiharkan harta mereka dalam Akuan Berkanun sesuai dengan prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

Loading…

Usul berkenaan menyatakan Akuan Berkanun itu perlu dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh usul disetujukan dan akan dipaparkan dalam portal SPRM.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilapor berkata kesemua ahli Parlimen termasuk pembangkang perlu mengisytihar harta kerana masing-masing mempunyai pengaruh yang boleh digunakan untuk mendapatkan ‘bayaran’.

Advertisement

Ketika ini, pengisytiharan harta oleh ahli Parlimen kerajaan dan anggota pentadbiran hanya dilakukan secara sukarela yang kemudiannya dipaparkan kepada umum menerusi Portal Perisytiharan Harta SPRM. Berdasarkan portal berkenaan, sehingga kini 124 Ahli Parlimen kerajaan telah mengisytiharkan harta masing-masing.

Dalam pada itu, pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun juga menjadi tumpuan pada sesi Dewan Rakyat kali ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun sebelum ini dilapor berkata pindaan itu yang dijangka dibentangkan pada 4 Julai ini sekiranya diluluskan, membolehkan lebih ramai golongan belia dan pelajar institusi pendidikan tinggi layak mengundi pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, pindaan itu memerlukan sokongan dua pertiga atau sekurang-kurangnya 148 daripada 222 Ahli Parlimen untuk diluluskan.

Pada 9 April lepas, usaha kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963, tidak mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi di Dewan Rakyat. Ini selepas Rang Undang-Undang (RUU) itu kekurangan 10 undi untuk memperoleh sokongan majoriti. Parti komponen PH bersama Warisan dan UPKO ketika ini mempunyai 139 kerusi di Dewan Rakyat.

Advertisement

Sementara itu, beberapa RUU dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama termasuk RUU Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019, RUU Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 dan RUU Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019.

Dewan Rakyat akan bersidang selama 12 hari bermula Isnin ini sehingga 18 Julai bagi Mesyuarat Kedua, Penggal ke-2, Parlimen ke-14. Dewan tidak bersidang pada hari Jumaat. -Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

4 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

5 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

24 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago